Seorang guru kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah Seremban dikesan melakukan gangguan seksual terhadap murid lelakinya di sekolah berkenaan.
Menurut laporan, perkara itu terbongkar selepas penemuan beberapa video lucah dipercayai dirakam suspek ketika melakukan perbuatan menjijikkan itu terhadap muridnya.
Lebih mengejutkan, turut dijumpai di dalam video berkenaan adalah perbuatan terkutuk terhadapnya anak lelakinya sendiri yang dipercayai berlaku di rumah mereka.
Artikel berkaitan: Guru Didakwa Buat Gangguan Seksual, ‘Umpan’ Pelajar 12 Tahun Bawa Ke Hotel
Artikel berkaitan: Kecoh Kes Cikgu Gigit Bibir Murid, Ini 7 Cara Untuk Pastikan Anak Korang Selamat Di Sekolah
Seorang guru kaunseling sebuah sekolah rendah di Seremban dikesan melakukan gangguan seksual terhadap murid lelakinya.
Perkara terbongkar selepas beberapa video lucah dipercayai dirakam suspek ketika melakukan perbuatan itu terhadap mangsa ditemui.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 13, 2023
“Guru besar sekolah terbabit membuat laporan polis pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid,” kata sumber.
Mengulas lanjut, guru kaunseling itu direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini, bagi membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
“Suspek seorang lelaki berusia 43 tahun direman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro