in

Guru Dip*kul Beramai-ramai Oleh Murid Gara-gara Hina Pelajar Miskin?

ft guru dipukul murid

Tular di media sosial video yang memperlihatkan seorang guru yang dipercayai dari SMK Negeri 3 Tanjung Jabung Timur, Jambi, Agus Saputra, Indonesia dipukul secara beramai-ramai oleh muridnya.

Memetik laporan detiknews, kejadian itu terjadi ketika masih lagi dalam sesi persekolahan dan susulan dengan kejadian itu, guru tersebut cuba meleraikan kekecohan itu dengan mengacukan sabit.

Artikel berkaitan : Guru Besar Belas*h Timbalannya Gara-gara Cemburu Pasal Seorang Staf Wanita

Artikel berkaitan : “Kenapa kereta tu langg*r teacher” – Rapat Dengan Arwah Guru, Murid Menangis Dapat Tahu Meninggal Dunia

Dakwa ada hina murid?

Screenshot 2026 01 15 145612

Mangsa yang dikenali sebagai Agus Saputra berkata, kejadian tersebut terjadi pada 13 Januari 2026 lepas. Dakwanya, pada masa itu dia sedang berjalan melalui hadapan satu kelas sebelum terdengar salah seorang murid menegurnya dengan kata-kata yang tidak sopan.

“Kejadiannya ada seorang murid dari dalam kelas saat sesi pembelajaran dilakukan ada guru di dalam kelas tersebut, dia (murid) menegur dengan tidak hormat dan tidak sopan kepada saya, dengan meneriakkan kata yang tidak elok kepada saya.”

Terdengar dengan kata-kata tersebut, Agus terus masuk ke dalam kelas dan mencari murid tersebut. Murid tersebut terus mengaku kepadanya dan pada waktu itu, Agus menjelaskan bahawa murid itu melakukan provokasi terhadapnya dan itu membuatkan Agus bertindak menampar murid tersebut.

“Saya masuk ke kelas memanggil siapa yang meneriakkan saya seperti itu. Dia langsung menentang saya, akhir saya refleks menampar muka dia.”

Menurut Agus, dia bertindak sebegitu sebagai pengajaran moral buat murid tersebut tetapi murid itu bertambah marah. Konflik dikatakan bertambah tegang sehinggakan pihak sekolah terpaksa melakukan sesi mediasi (pengantaraan) oleh guru lain.

“Saat mediasi, mereka meminta saya meminta maaf atas hal yang tidak saya lakukan.”

Jadi, Agus menawarkan alternatif berupa petisyen sama ada murid-murid masih mahu dia mengajar di sekolah tersebut atau mereka perbaiki tingkah laku.

Menurut sumber lagi, seusai sesi tersebut, Agus mengatakan dia diarah oleh pihak jawatankuasa sekolah untuk ke pejabat. Dari situ dia telah diserbu dan diserang oleh sejumlah pelajar seperti yang terjadi dalam video tersebut.

Bagaimanapun, dari aspek lain, timbul dakwaan daripada pelajar yang mengatakan Agus telah menghina salah seorang murid dengan mengatakan dia ‘miskin’.

Kata Agus, dia mengakui ada mengatakan kata-kata tersebut namun dia mendakwa ia adalah untuk memberikan motivasi bukan menghina.

Screenshot 2026 01 15 145636

“Ya, saya cakap sebegitu sebagai motivasi, saya tidak bermaksud mengejek. Saya menceritakan secara umum. Saya mengatakan, ‘kalau kita kurang mampu, kalau bboleh jangan bertingkah macam-macam’. Itu secara motivasi pembicaraan.”

Akibat kejadian tersebut, Agus mengalami beberapa kecederaan di mana tangannya bengkak dan bahagian punggung juga lebam.

“Saya tegaskan tidak ada penganiayaan. Tamparan satu kali itu saya anggap sebagai bentuk pendidikan moral.”

Agus juga mengatakan dia tidak membalas semasa kejadian, sebaliknya hanya berusaha untuk membela diri.

Berkenaan dengan menggunakan sabit ketika kejadian, Agus menjelaskan bahawa dia hanya ingin menggertak pelajar tersebut bagi meleraikan tindakan agresif mereka.

Screenshot 2026 01 15 145707

“Kebetulan SMK kami itu SMK Pertanian, jadi peralatan pertanian. Kayak cangkul dan sebagainya itu memang sudah tersedia di dalam kantor, memang tersimpan rapi.”

“Kenapa saya pakai itu? Hanya untuk mengeretak mereka agar bubar seperti itu. Tidak ada niat lain untuk selain itu. Kalau tidak seperti itu mungkin ada kejadian buruk lagi yang menimpa saya seandainya saya tidak melakukan hal tersebut.”

Tegas Agus, dalam kejadian tersebut ada murid melamparkan batu ke arahnya. Pun begitu, Agus kini dalam pertimbangan sama ada untuk bawa kes tersebut kepada pihak polis atau tidak kerana kesemua murid tersebut masih bersekolah dan dia sudah lama mengajar mereka.

Susulan dengan tular kes tersebut, pihak berkuasa yang terkait dengan pendidikan dilaporkan bakal ke sekolah tersebut untuk melakukan siasatan.

Sumber : detiknews, Tribun

Sumber: Tribun
Sumber: Tribun
Sumber: jambisharing