in

“Gurau tak bertempat” – [VIDEO] Lawak! Wanita Kena Tampar, Cuba Bergurau Nak Gigit Tangan Dentist

Fi Gg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa sekarang ni, ramai orang nak pakai braces pada gigi supaya kelihatan lebih yakin walalaupun harganya mampu mencecah ribuan ringgit. Tapi, ada juga yang memakainya atas tujuan fesyen semata-mata.


Siapa yang pakai braces tu, mesti kerap jumpa doktor gigi kan? Pernah tak korang ada niat sengaja nak bergurau dengan doktor tu bila dia tengah buat kerja?

 

Cuba gigit tangan dentist

Beberapa hari lepas, viral gila di TikTok apabila kisah seorang gadis Amerika ni mencuit hati ramai

Ceritanya dia pergi jumpa dentist selepas menanggalkan braces nya sebelum ni. Mungkin sebab dah lama menunggu peluang, dia dilihat sengaja nak bergurau dengan doktor tersebut apabila dia menggigit jari doktor yang tengah buat kerja tu.

Gg 1

 

Terus tampar, tangkas bagaikan harimau

Mungkin doktor itu terkejut dan tak menyangka gadis itu akan bertindak sedemikian, dia dilihat terus menampar muka patient nya tersebut. Gadis tu apa lagi, terus terdiam member kena tampar macam tu.

Kalau korang nak tahu, video yang dimuat naik melalui akaun @briesfirstworldproblems ini dah meraih lebih 15 juta views dan dapat lebih 3 juta likes.

@briesfirstworldproblems

rude asf

♬ original sound – brianna

Mak aihh lajunya doktor tu hahahah.

 

“Biar betul dia tampar macam tu?”

Menjengah ke ruangan posting itu, rata-rata netizen terkejut dan terhibur dengan tindakan dentist tersebut. Banyak spekulasi terbentuk, ada yang tidak percaya perkara tu terjadi serta ada ingat benda ini gurauan dan doktor itu ialah ahli keluarga terdekat gadis tersebut.

Reak Gg 1 Edit

Reak Gg 2 Edit

Korang jangan cuba-cuba pula nak buat macam ni eh. Mahu lain jadinya nanti.

 

Baca : “Nampak Macam Best Je” – Pengguna TikTok Kongsi Pengalaman Kuarantin di PKRC

Seronok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.