Gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii dilaporkan meletus buat pertama kali sejak tahun 1984. Penduduk yang terdekat di kawasan letusan gunung berapi itu telah diberi amaran untuk bersedia dengan kemungkinan terpaksa berpindah.
Menurut Berita Harian, letusan Mauna Loa walaubagaimanapun tidak mengancam bandar berkenaan buat masa ini dan pihak berkuasa telah meminta penduduk di sana agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk.
Letusan gunung berapi itu juga dilaporkan berlaku sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan dan mendapat perhatian penduduk di sana untuk berpindah sekiranya diperlukan.
Untuk pengetahuan, Mauna Loa meliputi sebahagian daripada kepulauan Hawaii dan gunung berapi itu berjaya merekodkan 33 kali letusan hingga tahun 1984.
Penduduk kongsi pengalaman melihat letusan gunung berapi
Penduduk di sana juga mengambil kesempatan untuk merakam kejadian yang jarang berlaku itu dan dikongsikan di laman Twitter.
Mauna Loa erupting at sunrise is literally the most amazing thing I’ve ever seen pic.twitter.com/YQdDfKHCMH
— Paul (@pfranci2) November 28, 2022
BREAKING: World's largest active volcano Mauna Loa has started to erupt in Hawaii for the first time since 1984 pic.twitter.com/BkVgGyehem
— Insider Paper (@TheInsiderPaper) November 28, 2022
Mauna Loa adalah salah satu daripada lima gunung berapi yang membentuk Pulau Besar Hawaii dan adalah pulau paling selatan di kepulauan Hawaii.
Mauna Loa, dengan ketinggian 13,679 kaki (4,169 meter) di atas paras laut, adalah jiran yang lebih besar kepada gunung berapi Kilauea, yang meletus di kawasan perumahan dan memusnahkan 700 rumah pada 2018.
Beberapa cerunnya jauh lebih curam daripada Kilauea, maka apabila meletus, laharnya mengalir dengan lebih laju. Ketika letusan 1950, lava gunung itu bergerak sejauh 24 kilometer ke lautan dalam masa kurang tiga jam.
Semoga penduduk di sana dalam keadaan yang selamat dan tidak berlaku apa-apa musibah…
Baca: “Bukan sesuatu yang baru” – [VIDEO] Gunung Berapi Lumpur di Lahad Datu ‘Meletus’?