Satu demi satu dakwaan dilemparkan kepada pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah berhubung kempen kutipan derma yang dikatakan komisyen diterima mereka digunakan untuk kepentingan peribadi.
Meskipun telah membuat penafian berhubung isu ini, Alif Teega menerusi posting di Instagram semalam telah membuat permohonan maaf berhubung penggunaan gambar rakan-rakannya tanpa persetujuan untuk menjayakan sebuah kempen.
Ia susulan pendedahan satu page Facebook yang mendakwa pempengaruh itu telah menggunakan beberapa nama terkenal dalam industri hiburan dan dakwah sebagai endorsement kepada kempen kutipan derma di sebuah platform.
Inilah yang kami tanya Amin (Idris) semalam. Dia tahu tak nama dia digunakan sebagai endorsement kepada kempen kutipan derma AH&AT.
“Jika nama dan gambar digunakan tanpa persetujuan, Amin semestinya dapatkan penjelasan dari AH&AT,” kata page berkenaan.
“Ini memang kesalahan dan kesilapan saya” – Alif Teega
Alif Teega dalam video penjelasannya berkata, dia memohon maaf kepada semua yang terlibat dan bukanlah niatnya untuk menggunakan nama-nama rakan secara ‘illegal’ untuk menjayakan kempen tersebut.
Ya memang ada perbincangan dengan sebahagian nama yang disebut untuk jayakan campaign tapi tidak diteruskan.
“Cadangan Proposal dan perbincangan internal juga disediakan untuk semua nama disebutkan. Lalu pihak saya semasa mengemaskini website tersebut cuba untuk meletakkan nama-nama bagi melihat bagaimana user interface jika dipamerkan.
“Tetapi tidak disiarkan pada umum kerana belum ada persetujuan oleh nama-nama disebutkan, pada akhirnya dipadamkan,” jelasnya.
View this post on Instagram
Alif juga melihat hal ini sebagai satu teguran buatnya dan dia akan lebih cakna dengan perkara tersebut.
Dalam pada itu, ada di kalangan netizen memberi cadangan agar pihak yang mana nama-nama mereka tertera untuk membuat laporan polis berhubung isu tersebut.