Lepas pandemik ni, memang kita boleh tengoklah industri seni kembali pulih seperti sediakala. Mana tidaknya, tahun ni je dah berapa banyak konsert tempatan dan luar negara yang telah dan bakal dianjurkan di Malaysia.
Tapi siapa sangka benda ni juga membuka jalan untuk scammer yang panjang akal untuk cari mangsa untuk ditipu?
Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa pihaknya telah mendapat laporan dari seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang juga seorang artis memberitahu terdapat posting di laman web mempromosikan konsert menampilkan nama-nama artis terkenal.
Konsert yang diberi nama Unplugged Living Legend ini dikatakan bakal diadakan pada 4 Februari 2023 di Kota Kinabalu dengan tiket jualan bermula dari harga RM199 sehingga RM499.
Namun begitu, pengadu juga turut menafikan bahawa dia telah menerima tawaran tersebut atau ada tandatangan sebarang kontrak mengenai konsert itu.
Ekoran ini, pihak polis telah pun membuat tangkapan pada 26 Oktober lalu dan berjaya menahan seorang wanita berusia 48 tahun. Hasil semakan mendapati suspek sebelum ini mempunyai dua rekod jenayah lampau dan salah satunya melibatkan kes penipuan dan sedang ditahan reman sehingga 29 Oktober.
Selain itu, pihak polis turut meminta orang ramai yang telah membuat pembelian tiket konsert ini untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Menjenguk ke Instagram Awie, penyanyi ini turut memberitahu mengenai penipuan ini dan menyatakan kekesalannya dengan tindakan wanita tersebut.
Awie turut menegaskan, sekiranya ada konsert seperti ini, pastinya akan ada sidang media yang akan dibuat lebih-lebih lagi melibatkan nama yang besar.
https://www.instagram.com/p/CkNyWUehXqP/
Satu percubaan MENIPU utk mendapat keuntungan dgn mudah telah dapat di benteras oleh pihak POLIS td pagi… Tahniah Polis… bertindak pantas dan menangkap LANUN BETINA yg suka main issue keagamaan tetapi penipu rupanya dia ini…
Saya nak tekan kan disini, kami artis semua tidak tahu menahu pasal konsert ini… gambar kami di gunakan utk poster dan scam org… Jd berhati2 semua… jangan mudah terpedaya dgn sebarang perkara yg tiada sebarang bukti yg nyata… jika konsert pasti nya akan ada Press Conference lebih2 lagi dengan nama artis yg besar2 seperti Ahmad Dani, Ella, Erra dan Ziana.”
Ha sudahhh, siapa yang kena tu cepat-cepatlah report polis.
Baca: Polis Beri Amaran Untuk Tak Tertipu Dengan Mesej ‘Undi BN’ & Dapat RM500 E-Wallets TnG