Umum mengetahui negara Palestin kini sedang berdepan dengan ancaman daripada Israel, konflik kedua-dua negara ini sudah berlarutan semenjak tahun 1948.
Pun begitu, banyak pihak yang mengambil kesempatan terutamanya dengan cara mengumpul dana untuk diberikan kepada negara Palestin namun sumbangan itu diambil oleh mereka sendiri.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak Terima Sumbangan Duit, Netizen Puji Kedai Makan Di Kedah Beri Makanan Percuma
Artikel berkaitan: “Baik derma terus dekat NGO” – Jenama Tempatan Keluarkan Koleksi Tudung & Mug Palestin Tapi Dikecam Netizen?
Terbaru, satu kelab peminat (fan club) seorang pelakon lelaki tempatan yang kini menjadi kegilaan ramai, melancarkan tabung sumbangan buat rakyat Palestin yang terkesan dengan peperangan, namun tindakan murni itu mengundang persoalan netizen apabila nombor akaun yang diletakkan di situ merupakan nombor akaun peribadi.
Dalam posting yang dimuat naik di X tersebut, difahamkan mereka mengumpul dana sebelum memberikan sumbangan itu ke badan bukan kerajaan Cinta Gaza Malaysia.
Namun, perkara itu menimbulkan kesangsian netizen dan ramai yang beranggapan mengapa fan club tersebut tidak meletakkan akaun badan tersebut secara direct.
Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah pun dipadam dan belum ada mana-mana kenyataan rasmi daripada kelab tersebut atau pelakon tersebut.
Sumber: X