Bagaikan tak percaya tapi itulah kehebatan negara Tanah Besar China. Dalam tempoh 48 jam, China katanya telah berjaya membuka sebuah hospital coronavirus pertama dekat dengan bandar Wuhan.
Menurut Daily Mail, dalam masa dua hari, mereka berjaya merubah sebuah bangunan kosong dengan kemudahan fasiliti lengkap bersama 1,000 buah katil! Wow boleh tahan!
Hospital patutnya buka Mei tapi kerajaan China percepatkan dengan 500 pekerja
Dengan bantuan lebih 500 orang pekerja dan berbelas kenderaan, hospital yang patutnya dibuka pada Mei tahun ni telah dipercepatkan operasinya.
Kerja-kerja renovasi ni katanya telah bermula pada Sabtu lepas dan pada hari Isnin, semua katil telah dipasang oleh sukarelawan dengan air, elektrik dan internet dipasang lengkap pada hospital tersebut.
Footage daripada China’s Cover News juga menunjukkan beberapa pekerja sedang ‘familar’kan diri dengan fasiliti di bangunan tersebut sebelum pesakit dimasukkan ke sana.
Bakal bina 3 lagi buah hospital dalam tempoh terdekat
Dengan jumlah kematian meningkat ke 132 orang dan beribu orang dijangkiti dengan penyakit ini, kerajaan China katanya akan membina lagi 3 buah hospital dalam masa tedekat di Wuhan dan Zhengzhou.
Malah mereka juga berjanji akan menyiapkan sebuah hospital dalam tempoh seminggu je tau! Fuh laju!
Sama-samalah kita doakan semoga penyakit ini tidak merebak dengan lebih teruk lagi. Stay safe ye korang semua!