Penantian itu satu penyeksaan. Bagi mereka yang sudah berumah tangga, menanti cahaya mata yang pertama itulah satu debaran dan ujian yang hebat dalam perkahwinan.
Ada yang menunggu sehingga 10 ke 11 tahun tapi bagi wanita bernama Linda dan suaminya ini, mereka menunggu selama 5 tahun dan akhirnya dikurniakan cahaya mata kembar lelaki.
“Besarkan bersama suami sampai anak 5 tahun. 2 bulan lepas…”
Menurut perkongsian Twitter Deen Hotfm, dia tidak menjangka kisah pemanggil bernama Linda dalam topik #ApaKataNetizen bertajuk “Berapa lama penantian korang dapat anak pertama?” ini akan berubah jadi sedih.
Selepas lima tahun menanti dan dikurniakan anak kembar lelaki, kebahagiaan dalam membesarkan kembar tersebut selama 6 tahun hancur selepas suaminya meninggal dunia 2 bulan lepas. Allahu…. berat sungguh dugaan akak ni.
Nangis dalam konti dengar pemanggil cerita pasal penantian dia & suami untuk dapat anak. 5 tahun penantian anak sulung. Jumpa doktor buat pemerikasaan rawatan. Alhamdulillah dapat anak kembar lelaki. Besarkan bersama suami sampai anak 6 tahun. 2 bulan lepas suami meninggal ???
— Deen Madian (@DeenMadian) August 29, 2019
“Kebahagiaan kami hanya 6 tahun…” – Linda
Menerusi audio yang dirakam Deen, Linda memberitahu bahawa yang semua ini merupakan dugaan besar buat dirinya walaupun bahagia itu hanya berjaya dikecapi selama 6 tahun saja.
Dalam pada tu, dia sempat mendoakan semoga mereka kat luar sana yang berusaha untuk mendapat anak dipermudahkan dan dimakbulkan doa. Dia kini sedang cuba bangkit dan jadi kuat untuk anak-anaknya. Sedihnyaaaa..
Ini audio kak Linda petang tadi. Topik #ApaKataNetizen #JamHot "Berapa lama penantian korang dapat anak pertama?" pic.twitter.com/7qTyDDjOxE
— Deen Madian (@DeenMadian) August 29, 2019
“Tak tahan nak dengar sampai habis… sebak”
Kisah menyentuh hati dari Linda ini telah membuatkan ramai netizen tersentuh hati dan tak mampu nak tahan air mata lagi. Mereka juga seperti Deen mendoakan semoga wanita ini kuat dalam menempuh dugaan hidup.

Semoga Kak Linda terus tabah…