in

“Gua itu ‘cave’…” – Gara-Gara Satu Perkataan, Penulis Sains Popular Malaysia ‘Diserang’ Netizen Indonesia!

Syaz Ft 2026 01 26T145625.019

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering menggunakan aplikasi X, pasti kenal dengan Zamir Mohyedin, penulis yang sering berkongsi fakta-fakta sains dan sejarah yang cukup menarik di media sosial, tapi kali ini, lain pula jadinya apabila perkongsian ilmiah beliau disalah tafsir.

Segalanya bermula apabila Zamir memuat naik satu hantaran mengenai penemuan lukisan gua yang dipercayai berusia 67,800 tahun di Indonesia. Beliau menyifatkan lukisan tersebut sebagai simbol kemampuan berimaginasi dan berfikir manusia purba, namun apa yang membuatkan netizen Malaysia terhibur adalah reaksi segelintir netizen dari negara seberang.


Rupa-rupanya, mereka (netizen Indonesia) salah faham dengan istilah “Gua” yang digunakan!

Zamir mendedahkan bahawa ramai yang menyangka “Gua” itu merujuk kepada kata ganti diri (aku), sedangkan beliau sedang bercakap tentang struktur geologi atau lubang batu.

Artikel berkaitan: “Boleh hilang kewarganegaraan” – Tular Video Warga Indonesia Sertai ‘US Army’, Ini Respon Ahli Parlimennya

Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel

Disebabkan perbezaan bahasa ini, Zamir dituduh membuat dakwaan melampau atau overclaim kononnya beliau sendiri yang melukis dinding tersebut puluhan ribu tahun yang lalu!

Oleh sebab itu, ruangan replies hantaran beliau dihujani dengan pelbagai reaksi marah daripada mereka yang tidak memahami konteks sebenar.

Cats 22

Zamir bagaimanapun tenang dan sempat menitipkan pesanan pedas buat mereka yang tersalah faham itu dengan menyatakan bahawa bukan salahnya jika orang lain gagal faham, malah beliau menyarankan agar mereka “mendidik diri sendiri untuk belajar.”

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.