in

“GTA versi Malaysia” – Tular Aksi Polis Kejar Kereta Suspek Dari PJ Sampai Cyberjaya, 2 Individu Ditahan

polis kejar kereta bezza cyberjaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, tular sebuah video memaparkan aksi kejar mengejar di antara kenderaan polis dan sebuah Perodua Bezza di Cyberjaya.

Menerusi video itu, Bezza berkenaan dilihat telah dikejar kira-kira sembilan unit peronda polis (MPV) dan difahamkan kenderaan polis telah mengejar kereta suspek dari Petaling Jaya (PJ) sehingga ke Cyberjaya.


Artikel berkaitan: Budak 10 &Tahun Ditahan Polis, Bawa Motor Sejauh 400KM Sebab Nak Jumpa Kawan

Artikel berkaitan: “Kesiannya” – Tular Video Lelaki Berhelmet Lari Dikejar Polis, Ingatkan Buat Salah Rupanya…

Perodua Bezza itu juga dikatakan telah dinaiki oleh tiga lelaki dan seorang wanita serta dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum pihak polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimanapun, suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum polis kemudian mengejar mereka.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki dan wanita telah ditahan, manakala dua lelaki lagi telah melompatkan keluar dan berjaya melarikan diri.

Peralatan pecah rumah ditemui dalam kereta

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati peralatan pecah rumah ditemui di dalam kenderaan suspek.

Ketua Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid telah mengesahkan kejadian berkenaan dan penahanan dua suspek.

GAi6nubawAABc1I

Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

Video aksi kejar mengejar yang tular di media sosial itu telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana pada mulanya menganggap ia penggambaran sebuah filem dan menyamakan ia dengan permainan video Grand Theft Auto (GTA). 

Uish berderet kereta polis kejar! 

Sumber: X, Harian Metro

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.