Satu kawasan di Machang, Kelantan menjadi bualan ramai pada ketika ini susulan air banjir yang berada di kawasan itu bertukar menjadi warna hijau.
Fenomena itu menjadi tarikan ramai terutama penduduk di sekitar Kampung Kuala Hau yang tidak melepaskan peluang melalui jambatan Kuala Hau untuk melihat fenomena air hijau itu.
Ramai yang membanjiri kawasan itu selepas tular beberapa video di platform TikTok yang merakam sekitar kawasan itu untuk dijadikan kenangan.
Memetik sumber Harian Metro, kawasan berkenaan adalah anak sungai dan bertukar menjadi lautan hijau sejak Sabtu lalu kerana hujan lebat yang berterusan.
@shopbylieyaa hk mno oyk edit tu g laa tgk sdiri.. bru puas hati😚 #banjir2023 #airhijau💚 #kampungkualahautemanganmachangkelantan #fyp #fypp
Kata penduduk, fenomena air hijau di kampung itu bukan situasi luar biasa kerana sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila musim banjir namun disebabkan ia tular di media sosial, tiba-tiba menjadi ‘tempat tarikan’.
“Tukar jadi teh beng”
Bagaimanapun, fenomena itu tidak kekal lama apabila seorang pengguna TikTok menyatakan warna air di kawasan itu sudah tidak berwarna hijau lagi.
Dapat dilihat menerusi perkongsian video yang ditunjukkan, kehijauan air banjir beberapa hari lalu telah pun bertukar kepada air banjir berwarna coklat.
@missnana34
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila tidak sempat melihat fenomena banjir air hijau secara dekat.
Sementara itu, pihak Alam Sekitar Kelantan memaklumkan keputusan kimia sampel air yang diambil akan diketahui dalam masa yang terdekat.
Sumber: Harian Metro, TikTok