in

Graduan Usia 79 Tahun Akhirnya Berjaya Rangkul PhD Selepas 9 Tahun ‘Bersusah Payah’, Ini Kisahnya…

Phd 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, beberapa universiti sedang menjalankan hari konvokesyen kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian. Banyak juga kisah graduan yang menyentuh hati warganet sudah tular di media sosial.

Salah satunya ialah graduan berusia 79 tahun yang bernama Dr. Muharam Awang telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.


@lensa_alam

Menuntut ilmu tanpa mengira usia. Tahniah Dr Muharam bin Awang 🫡 #ukm2023 #konvoukm #konvoukm51 #konvokesyen #varsitikita #universitiwatankita #inspirasi #CapCut

♬ original sound – Samsu Alam – Samsu Alam

Ada masalah katarak mata

Dalam perjalanan menyiapkan tesis, beliau menghadapi masalah mata kabur disebabkan katarak dan terpaksa meminta bantuan anak-anaknya bagi menyiapkan kajian PhD tersebut.

Sewaktu mahu menyiapkan tesis, mata saya kabur dan saya tidak dapat membaca. Ketika itulah saya terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk menaip semula tesis kajian saya.

Menurut Kosmo!, pada bulan Mei yang lalu, beliau yang mempunyai tujuh anak dan 17 cucu itu telah menjalani pembedahan katarak dan pandangannya sudah kembali pulih.

Alhamdulillah, pandangan pulih dan saya berjaya menyiapkan tesis tersebut.

Artikel berkaitan: “Macam Extraordinary Attorney Woo” – Graduan Undang-undang Hidap Cerebral Palsy Berjaya Genggam Ijazah Dari UUM

Artikel berkaitan: “Rasa nak berjoget sekali” – Graduan Universiti Ini Dirai Keluarga Dengan Gendang Tradisional India

Pernah rasa rendah diri sebab…

Menceritakan perjalanan hidupnya, beliau pernah berasa rendah diri sewaktu masih mengajar di sekolah rendah disebabkan profesion guru sekolah menengah dipandang tinggi ketika itu.

Hal ini membuatkan beliau rasa tercabar untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma pada tahun 1965, ijazah di Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pernah juga mengajar subjek Pengajian Am untuk pelajar tingkatan enam sehinggalah sambung ke peringkat PhD.

“Tesis PhD memang berat”

Beliau mengakui pada awlanya tesis peringkat PhD ini agak sukar kerana beliau perlu berdepan dengan pelbagai masalah dan salah satunya adalah kemahiran komputer.

Alhamdulillah anak-anak sangat membantu saya selain disokong oleh Dr. Zubir serta dibantu oleh isteri, Fuziah Md. Taha, 71 tahun.

Selain itu, beliau amat bersyukur atas sokongan oleh ahli keluarga serta persyarah dan penyelia tesis, Dr. Zubir Idris dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen teruja dengan kejayaan yang diperoleh Dr. Muharam Awang.

Phd 1 Phd 2

Wah! Respect betul umur 79 tahun boleh siapkan PhD!

Sumber: Kosmo!, TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.