in

Gonjiam: 7 Fakta Filem Seram Korea Mengenai Hospital Sakit Jiwa Yang Berhantu

Page Gojiam2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gonjiam: Haunted Asylum merupakan movie seram dari Korea Selatan yang baru je keluar di pawagam Malaysia pada 19 April lalu. Cerita ni nampak menarik dan patut ditonton!

Korang dah tengok ke? Kalau masih belum sure patut tengok ke tak, admin nak bagi korang baca dulu 7 fakta filem seram Korea, Gonjiam: The Haunted Asylum mengenai hospital sakit jiwa yang berhantu.


 

1. Hospital Sakit Jiwa Gonjiam memang wujud!

Gg 3
sumber: blog
Gonjiam Mental Ward
sumber: blog

Kalau korang ingat Hospital Sakit Jiwa Gonjiam ni rekaan semata-mata untuk movie ni, korang salah! Hospital tu memang wujud dan terletak di Gwangju, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan tapi dah ditutup pada tahun 1996.

So, sejak dah tutup dan ditinggalkan, banyak mitos, lagenda, rumours yang timbul berkaitan hospital tu. Also, tempat tu memang menakutkan okay! Tak peliklah bila CNN dah nobatkan Hospital Sakit Jiwa Gonjiam sebagai salah satu daripada tujuh tempat paling menakutkan di planet pada tahun 2013!

Giphy 1 7

 

2. Kenapa Hospital Sakit Jiwa Gonjiam tersenarai dalam 7 Tempat Paling Seram di Planet?

Menurut cerita yang disampaikan oleh penduduk lokal, hospital ni dah ditutup pada tahun 1996 secara tiba-tiba kerana kejadian paranormal sehinggakan roh mangsa dikatakan terperangkap dekat dalam hospital tu. Katanya, sejak 10 tahun sebelum penutupan, satu persatu pesakit dan staf hospital tersebut mati tanpa sebab di dalam bilik dan pejabat.

Giphy 2 3

Family mangsa pun tak diberitahu reason sebenar dorang mati dan sebab tu ramai orang buat spekulasi sendiri tentang apa sebenarnya jadi dekat mangsa. Bukan tu je, ada juga antara mereka yang percaya pesakit-pesakit ni didera oleh doktor yang jalankan eksperimen tak masuk akal pada pesakit.

Hh 1
sumber: blog

 

3. Tapi betul ke hospital ni berhantu?

Walaupun ramai percaya dengan kisah tragis pesakit dan staf di hospital tu tapi perkara sebenar yang berlaku ialah Hospital Sakit Jiwa Gonjiam terpaksa ditutup sebab masalah perparitan kumbahan yang menjadikan hospital tu tak sesuai untuk didiami.

Bukan tu je, dengan masalah ekonomi yang melanda, katanya pemilik hospital tu dah keluar dari negara Korea. Tapi menurut The Star, pemilik bangunan tu memfailkan saman untuk halang movie tu ditayangkan. Dia kata, movie seram pasal bangunan tu akan mengganggu urusan nak menjualnya. Tapi mahkamah Seoul dah luluskan supaya filem ni terus ditayangkan.

Gonjiam1
sumber: koreaboo
Jj
sumber: blog

 

4. Sebab orang percaya tempat ni berhantu

Di mana-mana je kita pergi, asalkan tempat tu dah lama ditinggalkan, mestilah akan ada ‘penghuni’ dekat dalam tu. Lagi-lagi kalau dalam hospital sakit jiwa. Confirm,  macam-macam yang jadi sepanjang ianya beroperasi.

Hospital Sakit Jiwa Gonjiam ni pulak ditinggalkan macam tu je tau. Semua perabot, dokumen pesakit dan barang peribadi pesakit yang pernah mendiami tempat tu pun masih ada lagi dalam bangunan tersebut. Sebab tu jugaklah ada yang pernah masuk ke sini akan rasa atau dengar something menakutkan macam bunyi orang tengah mencakar dinding.

Gj2
sumber: blog
Bp
sumber: blog
Gb2
sumber: blog

 

5. Cerita tentang Hospital Sakit Jiwa Gonjiam yang seram sampai tak tidur malam

Gj1
sumber: blog

Movie ni akan menceritakan pasal Hospital Sakit Jiwa Gonjiam yang dah lama ditinggalkan lepas kejadian pada tahun 1979 di mana 42 orang pesakit di hospital tu bunuh diri sementara pengarah hospital pulak hilang.

Filem ni berkisarkan juga pasal internet broadcaster rekrut beberapa orang muda untuk masuk ke dalam Hospital Sakit Jiwa Gonjiam yang dah lama kena tinggal bagi merasa sendiri betapa seramnya hospital tu. Tapi dorang tak sangka apa yang bakal dorang hadapi nanti. Anyway, sepanjang kat dalam tu, dorang dah record secara live untuk tontonan ramai.

 

6. Tampil muka baru dalam industri lakonan

Gj
sumber: yonhap news

Walaupun movie ni menampilkan ramai pelakon baru, tapi performance dorang dalam Gonjiam: Haunted Asylum ni tip top dan macam orang yang dah biasa berlakon. Kalau tengok dalam profile para pelakon filem ni, ada tiga daripada mereka yang memulakan karier lakonan melalui filem ni.

Q1 2
sumber: blog

Selebihnya, mungkin peminat Kdrama dan movie pernah nampak Wi Ha Joon yang berlakon dalam My Golden Life dan filem The Chase, manakala Park Sung Hoon pulak maybe korang ada nampak dia dalam Jealousy Incarnate. Korang jangan risau, sebab lakonan mereka ni mantap!

Giphy 5 2

 

7. Meletop dalam carta box office Korea Selatan

Kalau dekat Korea Selatan, cerita ni dah ditayangkan pada 28 Mac 2018 dan dalam masa seminggu je filem ni dah meletop dalam carta box office dekat sana dengan kutipan sebanyak 10.2 juta US dollar. Ia juga dah sumbang 40% daripada jumlah weekend box office mengalahkan movie Steven Spielberg, Ready Player One. Hebatkan?

Giphy 18

Benar atau tidak kisah disebalik Hospital Sakit Jiwa Gonjiam ni, tak ada sesiapa yang dapat pastikan dan buktikannya. Tapi yang pasti, korang kena tengok movie ni sekarang sebab memang berbaloi dan tak senang duduk korang nanti dalam panggung wayang tu sebab seram beb!

Jangan korang tak tidur malam sudah!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia Yang Diadaptasi dari Kisah Sebenar!

Page Hantu 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.