in

“Gitu je maruah kena pijak” – Movie Dari India Pamer Babak Rasuah Dari Malaysia Dalam Dialog

Ft Movie India Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dilihat seperti isu rasuah yang berlaku di negara kita dah menjadi perhatian mereka dari negara luar.


Ia dapat disaksikan sendiri apabila ada netizen buat satu perkongsian satu babak daripada sebuah filem dari India yang berjudul ‘Kaduva’ memperlihatkan salah seorang pelakon menyatakan bahawa syarikat dari Malaysia menawarkan rasuah untuk import minyak sawit.

Gitu je maruah negara kena pijak – Netizen

Perkongsian itu telah meraih perhatian warganet lain sehinggakan memperoleh lebih daripada 5,770 jumlah perkongsian.

Ada yang menyatakan bahawa, sebenarnya ia bukanlah kali pertama negara Malaysia diberikan gambaran rasuah di mata negara lain, ada juga beberapa babak lain.

Antaranya, salah satu babak daripada permainan video Uncharted 4 : A Thief’s End di mana salah satu watak menjelaskan bagaimana pejabat permit di Malaysia menerima rasuah.

Malah, satu drama berjudul Blacklist juga ada menyebut nama Malaysia beberapa kali apabila ia melibatkan hal pengubahan wang haram, pemerdagangan manusia dan gangsterisme.

Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa terkilan dan malu dengan pendedahan tersebut, ada juga menyifatkan ia sebagai satu fakta.

Movie India Rasuh Movie India Rasuh 2 Movie India Rasuh 4 Movie India Rasuh 5 Movie India Rasuh 23

Bagaimanapun, mungkin ada sahaja movie yang kita lihat menunjukkan sisi gelap dalam sesuatu negara lain, banyak lagi benda elok pasal Malaysia ni kan?

Baca : Rasuah SRC International : Peguam DS Najib Anggap Hakim Nazlan Ghazali ‘Berat Sebelah’?

Ft Rayuan Rasuah Src Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.