in

GISBH Hormati Undang-Undang & Mahu Keadilan Ditegakkan Selepas CEO Ditahan Polis

Ditahan Ceo Gisbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), isteri dan pemimpin kanan GISB Holding (GISBH) oleh pihak berkuasa semalam, organisasi ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang meminta orang ramai untuk bersabar dan menunggu hasil siasatan polis.

Dalam kenyataan di Facebook semalam, GISBH menyatakan bahawa mereka turut menghormati tugas dijalankan pihak berkuasa yang berlandaskan keadilan undang-undang.


Gisbhhafazek1 1726797372

Kami sedia maklum bahawa pengerusi, CEO dan beberapa kepimpinan GISBH kini ditahan pihak berkuasa berhubung isu GISBH.

“Justeru kami memohon kerjasama daripada semua pihak dan doa supaya kekusutan serta kesulitan ini terlerai dengan segera agar keadilan untuk semua pihak ditegakkan,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan pengerusi yang juga CEO GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, bersama 18 individu lain telah direman selama tujuh hari bermula semalam.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin membenarkan permohonan polis untuk tahan reman suspek hingga 25 September ini untuk bantu siasatan.

Kesemua suspek difahamkan berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita yang ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.