Perjuangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuahkan hasil apabila berjaya menyumbang pingat pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris.
Duo Malaysia itu berjaya menewaskan pasangan dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim dengan kutipan mata 16-21, 22-20, 21-19 untuk mempertahankan pingat gangsa yang pernah dimenangi pada Tokyo 2020.
Melihat pertarungan malam tadi, bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut merasakan debarannya.
Artikel berkaitan: “Terus kuat Faisal “- Datuk Lee Chong Wei Titip Ucapan Buat Faisal Halim
Artikel berkaitan: “Saya cukup memahami betapa peritnya sebuah kegagalan”- Datuk Nicol David Titip Kata-kata Semangat Buat Pearly Tan & M Thinaah
Menurut bekas pemain badminton nombor satu dunia itu, beliau menyifatkan perlawanan beregu lelaki itu merupakan pertarungan yang paling mendebarkan.
“Antara match yang paling mendebarkan pernah saya saksikan.
“Gilalah perlawanan ini. Perlawanan yang patut kalah tapi gandingan lelaki sejati Melaka- Kuala Lumpur ini mengembalikan harapan untuk lencana di dada.”
Dalam perkongsian sama, Chong Wei juga mengucapkan terima kasih selain menganggap Aaron dan Wooi Yik sebagai hero negara.
“Terima kasih Aaron-wooi yik. Andalah hero Negara sekali lagi. Malaysia sekarang secara rasmi, di tangga pingat Olimpik Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Chong Wei yang pernah memenangi tiga pingat perak Olimpik berharap agar beregu negara itu dapat merekodkan pencapaian yang lebih baik pada masa depan.
“Salah satu kebangkitan semula terbaik yang pernah dilihat oleh rakyat Malaysia.
“Namun, saya tidak mahu anda menjadi seperti saya. Tiga pingat semua sama warna. Untuk medal seterusnya, saya doakan anda dapat warna lain,” ujarnya.
Terima kasih & tahniah Aaron-Wooi Yik!
Sumber: Facebook