‘Harapkan pegar pegar makan padi!’ itu lah perumpamaan yang boleh diungkap kepada si pelaku ini.
Manakala mangsa yang merupakan gadis berusia 19 tahun dari Kerala, India ini pula dianggap ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila pesakit Covid-19 ini telah dirogol oleh pemandu amblans ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke pusat rawatan.
Insiden ini berlaku pada Sabtu lepas (5 September 2020), apabila pemandu ambulans berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Noufal V diberikan tugas untuk membawa 2 pesakit Covid-19 iaitu mangsa yang berusia 19 tahun dan seorang wanita warga emas.
Pelaku telah membawa pesakit warga emas itu ke hospital dahulu sebelum bawa mangsa ke tempat terpencil berhampiran Lapangan Terbang Aranmula untuk memperkosanya. Kemudian, barulah hantar mangsa ke pusat rawatan, lapor The Times of India.
Menurut laporan polis, mangsa dikuarantin di rumah saudaranya yang terletak di Pandalam sebelum disahkan positif coronavirus dan perlu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Walaubagaimanapun, pelaku telah ditangkap sehari selepas kejadian dan berikutan laporan gadis itu dan kes tersebut telah diajukan atas tuduhan melakukan serangan seksual dan pemerkosaan.
Menteri Kesihatan Kerala, KK Shailaja terkejut dengan kejadian itu dan telah memerintahkan agar pemandu tersebut dilucutkan jawatan. Sementara itu, Suruhanjaya Nasional Wanita Kerala (NCW) meminta agar siasatan disegerakan.