Mamat ni memang gila, mental, tak betul dan ‘sick’ lahhhh!
Menurut The Star, seorang lelaki berusia 52 tahun kantoi buat tawaran perkhidmatan seks dengan anjing yang dibela kepada pelanggan.
Damrongpol Sanmuang dari Chiang Mai ditahan pihak polis pada 30 Oktober lalu selepas laporan dibuat oleh sebuah pertubuhan bernama Watchdog Thailand. Menurut pertubuhan tersebut, Damrongpol yang dikenali dengan sikap baik hati dan kerja amal tu rupa-rupanya cuma berpura-pura sebab nak adopt anjing jalanan yang terbiar.

Lebih teruk lagi, dia menggunakan taktik menjadi seorang pencinta haiwan tu untuk membela anjing jalanan sebelum tawarkan khidmat seks!
Bukan tu je, dia juga dikatakan merakam klip video ketika merogol seekor anjing di tebing sungai. Damrongpol kemudian gunakan video tu untuk promote servis seks anjing kepada orang lain dengan bayaran tertentu.

Berang dengan tindakan tak senonoh Damrongpol , Watchdog Thailand tampil buat laporan dekat balai polis daerah berserta bukti video berkenaan.
Dia dituduh memelihara haiwan berkenaan bagi membolehkan ia digunakan sebagai ‘objek seks’ untuk pelanggannya yang mempunyai nafsu terhadap haiwan. Yekkk!

Damrongpol yang ditahan di kediamannya dekat wilayah Sarapee bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan berkata yang dia tidak terlibat dalam menawarkan perkhidmatan itu.
Buat masa sekarang tiada perkembangan terkini tentang kes ni tapi admin harap kalau betul dia buat macam tu, harap dia dihukum dengan setimpal la. Gila ke apa offer seks dengan haiwan!