Bagi yang mengikuti Alif Satar, penyanyi, pengacara dan pelakon tersebut kini sedang ligat menjalankan satu kempen yang dinamakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.
Kempen itu bertujuan untuk menggalakkan umat Islam untuk menjalani ibadah solat fardhu subuh secara berjemaah dan memenuhi masjid sama seperti waktu Solat Jumaat.
Artikel Berkaitan : Lebih 3 Ribu Jemaah Hadir, Lelaki Kongsi Pengalaman Subuh Berjemaah & ‘Fun Run’ Bersama Alif Satar
Artikel Berkaitan : Terlibat Dalam Kemalangan Motosikal, Alif Satar Tidak Alami Kecederaan Yang Serius
‘Gerakan’ itu ternyata menerima sambutan positif daripada umat Islam apabila melihat ramai jemaah mengerjakan solat subuh di masjid bersama-samanya.
Ada netizen menyarakan agar Alif Satar patut berkolaborasi dengan pempengaruh Khairul Aming untuk memberikan dorongan kepada umat Islam melakukan ibadah fardhu kifayah ini.
Luar biasa weh kempen yang Alif Satar buat #GengSubuhMacamJumaat
Masjid betul2 penuh macam solat jumaat. Bayangkan Alif Satar collab dengan Khairul Aming. Mesti sold out! 🙌🏻 pic.twitter.com/e9L86W8EZg
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) January 1, 2024
Pun begitu, ada individu yang mempertikaikan niat murni gerakan tersebut dengan menyifatkan bahawa tujuan mereka berjemaah adalah semata-mata mahu berjumpa dengan selebriti sehinggakan menyindir menggunakan nama Tuhan.
Menjengah keruangan komen, ramai yang bengang dan marah dengan komen yang diberikan oleh individu ini kerana mereka berpendapat bahawa ia bertujuan untuk memberikan dorongan dan pembakar semangat kepada Islam untuk terus mengerjakan solat subuh di masjid.
Tujuan dan niat seseorang melakukan sesuatu hanya tuan badan yang tahu, apapun bagi min, niat murni yang dibuat oleh Alif Satar ini satu perkara yang baik, bukanlah content semata-mata.
Sumber : X