in

Gereja Buat Majlis Iftar Kenal Islam

Page Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia mempunyai rakyat berbilang agama dan untuk mengecapi negara yang aman dengan rakyat yang saling hormat menghormati, adalah penting untuk kita mengenal serta memahami agama dan budaya masing-masing.

Menurut The Sun Daily, semalam, sebuah gereja di Petaling Jaya telah mengadakan majlis berbuka puasa dan menjemput orang ramai daripada pelbagai agama untuk menghadiri majlis berkenaan.


Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan 1Malaysia dan Church of the Assumption itu turut memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk berdekatan dan di forum antara agama.

Fb4
sumber: facebook

Lebih kurang 150 orang hadir pada hari tersebut disajikan dengan makanan yang disediakan oleh sukarelawan. Mereka kemudian berbuka puasa bersama-sama di dewan yang terletak di belakang gereja tersebut.

Fb
sumber: facebook
Fb2
sumber: facebook

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar berkata objektif majlis itu diadakan adalah untuk merapatkan hubungan rakyat Malaysia dan untuk pelajari nilai positif daripada setiap agama yang berlainan.

“Kami mahu menunjukkan bahawa berpuasa tidak hanya diamalkan umat Islam, malah ia bersifat inklusif di mana penganut agama lain juga boleh bekerjasama untuk menyediakan makanan serta menikmatinya bersama-sama selepas itu.”

Zuliana Hamdan, 18, yang merupakan salah seorang sukaralewan berkata ia adalah kali pertama dia menghadiri majlis iftar anjuran gereja dan ia merupakan pengalaman yang bermanfaat kerana boleh berkongsi mesej positif di sebalik berpuasa dengan penganut agama lain.

Fb3
sumber: facebook

Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang turut menghadiri majlis itu, berkata program tersebut merupakan suatu inisiatif yang baik kerana dapat memupuk semangat kekitaan dan memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari tentang kepentingan Ramadan.

“Kami ingin melihat lebih banyak inisiatif seperti ini diadakan di mana orang ramai daripada agama berbeza dapat berbual mesra dan menjalin perpaduan melalui makanan.”

Fb5
sumber: facebook

Wah bagus usaha ni dalam nak mengenali antara satu sama lain walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza.

Baca: Lim Guan Eng Tangguh Sidang Media Sebab Azan

P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.