Pelakon penuh kontroversi, Hafidz Roshdi sudah selamat menamatkan zaman dudanya dengan Athira Yuhada yang juga bekas kekasihnya ketika di zaman sekolah.
Mereka difahamkan telah disatukan dalam sebuah majlis di Shah Alam yang diikuti dengan majlis resepsi.
Pun begitu, hari ini pelakon Tundukkan Playboy Itu tersebut menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video detik perkenalan dia dan isteri ketika di bangku sekolah serta detik-detik manis mereka berdua.
“Kitorang mula berkenalan masa 2009, form 3, sekejap je masa berlalu, sekarang dah 2023, 14 tahun dah kitorang kenal,” katanya dalam video itu.
“Tak malu ke weh?”
Meskipun ruangan komen posting berkenaan ditutup, namun lain pula ceritanya di X apabila ramai netizen yang menganggap tindakan bekas peserta Hero Remaja itu agak keterlaluan seperti tidak menghormati bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.
Ramai juga netizen yang menganggap pelakon muda itu seakan tidak sensitif dengan perasaan dua orang anaknya daripada perkahwinan terdahulu.
Hmm, sedih juga kalau tengok ayah sendiri buat video macam tu kan?
Sumber: Instagram