Seorang wanita dilaporkan mengamuk di luar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Sungai Long, Selangor, semalam (3 Ogos) sehingga ramai orang berkerumun melihat wanita itu.
Semuanya bermula apabila wanita itu meletakkan keretanya secara haram di luar kampus universiti, yang menyebabkan kenderaannya ditunda oleh pihak berkuasa.
Menurut catatan yang dikongsikan oleh seorang netizen ke laman Facebook UTAR Confessions 2022/2023, pihak berkuasa telah meminta makcik tersebut membayar denda bagi menanggalkan tunda itu, namun dia enggan dan mencetuskan kekecohan dengan membunyikan hon.
Tak terima kena denda, biadap dengan pihak berkuasa
Dalam kesabaran pihak berkuasa menunggu wanita itu membayar denda, dia nampaknya telah menurunkan tingkapnya untuk meminta bantuan daripada orang awam yang berhampiran. Tetapi, apabila orang awam itu tidak membantunya, dia mengacukan jari tengah.
Apabila dia menyedari bahawa tiada siapa yang akan membantunya, dia kemudian melemparkan wang untuk membayar denda itu dari tingkap dan mula menghamburkan kata-kata penghinaan terhadap pihak berkuasa itu.
Pegawai itu bagaimanapun enggan menerima pembayaran dengan cara biadap itu dan memintanya untuk mengambil wang tersebut dan bayar secara elok.
Turun kereta pinjam telefon orang, mengamuk bila tak bagi sampai hempas telefon
Namun makcik itu turun dari keretanya dan mendekati seorang pelajar berhampiran, yang sedang menjalankan temuduga jalanan untuk tugasannya dan meminta kebenaran sama ada dia boleh meminjam telefon daripada pelajar itu.
“Boleh saya pinjam telefon, saya nak menghubungi anak perempuan saya,” kedengaran wanita itu berkata ketika dia mengganggu temuduga pelajar itu.
Orang awam dilihat menghampiri makcik itu dan memintanya untuk tidak menganggu tugasan pelajar berkenaan, namun dia menjawab, “Saya tidak bercakap dengan awak, pergi, pergi.”
Bila pelajar itu enggan membenarkan makcik itu meminjamkan telefonnya, makcik tersebut telah merampas telefon berkenaan dari tangan pelajar itu dan melemparkannya ke atas jalan.
Berdasarkan perkongsian daripada Facebook U-Click, makcik itu kemudiannya menuju ke kedai kopi berhampiran manakala pihak berkuasa tempatan di tempat kejadian menghubungi polis.
Apabila polis menghampiri makcik tersebut, dia dengan kasar meminta mereka menanggalkan topi keledar dan topeng mereka untuk menunjukkan muka mereka sebagai tanda hormat kepadanya. Dia juga enggan beri kerjasama dengan mereka, mengatakan bahawa dia lapar dan ingin pulang.
Mengamuk dalam restoran, tampar student bila nak bagi keterangan dekat polis
Sementara itu, ketika pelajar yang dirampas telefonnya itu ingin memberikan keterangan kepada kepada polis, makcik itu menyerbu pelajar tersebut sambil menjerit dan menamparnya.
Makcik itu kemudian kembali ke keretanya dan mengunci dirinya di dalam untuk mengelak daripada disoal siasat, dia juga telah memukul salah seorang anggota polis dengan pelindung matahari dan membaling stokin ke arahnya.
Memandangkan makcik itu enggan memberi kerjasama, polis tidak mempunyai pilihan selain menggunakan kuasa mereka dan menahan makcik itu untuk dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu bersorak ketika polis ‘angkut’ makcik tersebut bersamanya. Disebabkan kekecohan itu, orang ramai telah berkerumun menyaksikannya dan merakam adegan itu semasa ia berlaku.
Antara tindakan makcik tersebut yang dirakam kamera termasuklah merampas dan membaling telefon pelajar, maki hamun pihak berkuasa dan orang yang melihat, dan menampar mangsa serta mengasari anggota polis.
Boleh klik sini, sini dan sini untuk melihat video kejadian.
Baca : “Jangan mengamuk” – Kantoi Ada Kekasih Lain, Ini 9 Cara Nak Ajar Pasangan Curang!