Geng Penunjuk Perasaan Belasah Pelancong Jepun Sampai Lunyai Sebab Ingatkan Mangsa Orang China Asli

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nampaknya kes pasal protes di Hong Kong antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa di sana semakin menjadi-jadi. Kali ini serangan yang mereka lakukan kepada orang awam semakin kejam dan melampau!

Seorang pelancong dari Jepun kena serang dengan penunjuk perasaan disana, dia dipukul hanya sebab ingatkan mangsa tu orang asli dari China, lapor World Of Buzz, kejadian ni berlaku pada 11 November 2019 lepas.

 

Silap orang ingatkan orang China asli tapi rupanya warga Jepun

Sumber : WOB  

Kejadian itu berlaku di antara Argyle Street dan Nathan Road di Kowloon pada pukul 5 petang ketika dia melalui kawasan protes yang sedang berlaku disitu.

Sumber : WOB

Dalam gambar yang sedang viral, dilihat pelancong dari Jepun itu terkulai layu sambil muka dan badannya berlumuran darah. Namun, mujurlah pasukan penyelamat  yang berada di tempat kejadian bantu merawat kecederaannya.

Sumber : WOB

Lelaki itu disahkan warga Jepun oleh Menteri Toshimitsu Motegi, dilaporkan dia kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Sumber : WOB

Aduhai, kalau ada sesiapa yang merancang nak ke Hong Kong baik batalkan niat tu dulu.

 

Baca : “Palehotak diaaaa!” – Geng Penunjuk Perasaan Selamba Simbah Cecair ‘Lighter’ & Bakar Orang Awam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?