Mungkin segelintir daripada kita merasakan tidak cukup dengan rezeki yang Tuhan beri sehingga ada yang membandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain yang jauh lebih senang.
Sebenarnya, ada lagi orang yang tidak mempunyai kesempatan bahkan tempat tinggal yang selesa untuk berteduh.
Jumpa mi segera dengan diari
Beberapa hari lepas, sekumpulan pemburu paranormal telah menerjah ke sebuah bangunan terbengkalai dan kemudiannya terjumpa satu bilik dalam bangunan itu yang disangkakan berpenghuni.
Artikel berkaitan: “Checkout lepas 20 minit” – Lelaki Kongsi Pengalaman Menginap Di Hotel ‘Paranormal’ Di Bukit Merah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Meremang! Pemuda Kongsi Aktiviti Paranormal, Baca Surah ‘Panas’ Nak Panggil Hantu
Setelah memasuki bilik tersebut, mereka menjumpai satu periuk mi segera yang sedang dimasak di atas dapur arang namun pemiliknya tiada di situ. Ada juga satu bagasi, beberapa buah beg serta tikar sebagai alas untuk tidur.
Lebih menyedihkan, mereka turut menjumpai beberapa helai kertas yang tertulis luahan masalah hidup dipercayai milik penghuni bilik tersebut.
Tiada siapa yang mendengar rintihan aku. Insan yang aku harapkan telah jauh berubah. Luaran yang memang nampak ceria dan gembira tapi jiwa hanya di atas yang tahu.
@eijanaziz Siapa pun insan tu..semoga awk tbh dn kuat tau…Sama²lh kita smua doakan kebaikan untknya..Aamiin .#tigerlabu #fyp #fypシ
Tak jumpa penghuni, selit RM150
Helaian kertas itu menjadi persoalan sekumpulan paranormal tersebut dan mereka mempercayai penghuni berkenaan merupakan seorang wanita.
Mungkin luahan daripada kertas tersebut ada menceritakan tentang masalah hidupnya sehingga terpaksa berjauhan dengan keluarga, kumpulan paranormal ini memberikan wang belanja sebanyak RM150 kepada wanita itu sebagai belanja untuk pulang ke kampung.
Kak, kitorang dah selitkan RM150 untuk akak bawa duit tu balik kampung. Akak jangan rasa diri akak berseorangan, takde mak yang buang anak.. macam mana sekali pun, takde benda yang tak dapat diselesaikan dalam dunia ni.
Mereka bagaimanapun terdengar suara tangisan wanita itu dan memberikan kata-kata semangat untuknya.
@eijanaziz Replying to @jejakapengejarimpian #tigerlabu #fyp #fypシ
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen sedih mendengar kisah wanita itu dan mendoakan agar dia dijaga oleh Tuhan.
Allahu.. sedih min dengar cerita ni..
Sumber: TikTok