in

Geng ‘Cyclist’ Buat Hal Lagi, Kali Ini Tinggalkan Kereta Di Kawasan Hospital Hingga Bas RapidKL Susah Nak Parkir

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sepuluh kenalan anda, pasti akan ada seorang yang kini hobinya bermain basikal. Berbasikal dilihat semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana sukan ini boleh dimainkan oleh kaum lelaki mahupun wanita.

Namun begitu, sering kali kita mendengar berita kurang senang berkenaan geng ‘cyclist’ ini. Terbaru, geng ‘cyclist’ dilaporkan telah menggunakan kawasan perkarangan Hospital Orang Asli di Gombak sebagai tempat parkir kereta apabila mereka pergi berbasikal.


Memetik penerangan akaun Twitter AsalGombak, kawasan di hadapan Hospital Orang Asli adalah kawasan buat bas RapidKL untuk parkir bas mereka.

Namun disebabkan kawasan terebut telah digunakan oleh geng ‘cyclist’, pemandu RapidKL dilaporkan terpaksa meletakkan bas mereka di sisi jalan yang akan menyempitkan lagi jalan di situ.

Bukan isu baru

Sebelum ini juga, timbul rasa kurang senang netizen terhadap geng ‘cyclist’ apabila tular sebuah rakaman yang melihatkan mereka melanggar lampu isyarat merah dan hampir mengakibatkan kemalangan.

https://twitter.com/Aweeff/status/1293383425798180864

Malah, ada netizen yang mengecam tindakan geng ‘cyclist’ di Putrajaya yang tidak menggunakan laluan khas untuk basikal, sebaliknya mereka menggunakan jalan raya utama.

A 14

Berikut adalah beberapa perkongsian netizen terhadap geng ‘cyclist’:

1 12

2 5

3 5

Buat anda yang menjadikan berbasikal sebagai hobi, sentiasa mengutamakan keselamatan jalan raya okay!

 

BACA: Filem Keenam Francais Kampung Pisang Bakal Temui Peminat Tidak Lama Lagi

Cats 7

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.