in

“Generasi baru lebih cenderung fikir kenaikan gaji” – Ahli Sains Sosial Ini Jelaskan Impak AUKU Terhadap Negara

Auku Featured Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau disebut sebagai Akta 30 merupakan sebuah akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 27 April 1971 dan tahun ini genaplah 50 tahun akta berkenaan digunapakai di Malaysia.


Dalam mukadimah AUKU 1971 jelas menunjukkan bahawa AUKU adalah bertujuan “untuk memberikan penubuhan, pengawalan, dan pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti dan apa-apa jua perihal yang bersangkutan dengannya”, namun terdapat banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975.

Dalam sebuah wawancara oleh Naratif dan Dr. Rohana Ariffin, seorang bekas pensyarah sains sosial, khusus mengenai hubungan industri dan kajian wanita di Universiti Sains Malaysia (USM),  beliau ada menjelaskan beberapa isu penting dan impak yang dibawakan oleh AUKU ini semenjak ia diperkenalkan.

Auku1

Untuk pengetahuan, Dr. Rohana merupakan salah seorang ahli akademik yang terlibat secara langsung dengan aktivisme dan pernah terkait dengan akta tersebut sehingga dikenakan tindakan disiplin selain tidak menerima kenaikan gaji tahunan selama dua ke tiga tahun gara-gara mempersoalkan dan memberikan pandangan terhadap perlantikan professor dan professor madya yang ketika itu dilakukan tanpa ada penilaian oleh rakan sekerja atau peer review menurut penjelasan Dr. Rohana dengan pihak Naratif

“Kami menghadapi risiko pembatalan elaun persaraan jika disabitkan bersalah kerana kes ini dibawa ke mahkamah untuk mendapat pengadilan yang lebih saksama berbanding Jawatankuasa Universiti.”

Namun, melalui wawancara tersebut, difahamkan setelah perbicaraan diadakan didapati beliau dan rakan-rakan yang terlibat untuk membawakan isu tersebut tidak bersalah dan tangga gaji asal yang ditarik sebelum itu telah diberikan semula selepas lima tahun.

Kebebasan Akademik Malaysia

Dalam wawancara yang sama, pengalaman ketika menyambung pengajian peringkat Master di United Kingdom turut dikongsikan. Dr. Rohana menyifatkan sistem pendidikan negara waktu itu adalah baharu dan ini termasuklah dari segi material dan pengisian pelajaran yang digunakan.

Sudut Pidato Um

Dalam masa yang sama, Dr. Rohana menjelaskan terdapatnya jurang yang wujud antara pelajar dan pensyarah membuatkan beliau berasa bosan selain itu menyebabkan pelajar menghadapi kekangan dalam ilmu yang disampaikan.

Selain itu, tindakan ahli akademik yang tidak ingin terlibat dalam aktivisme diluar universiti juga menyumbang kepada budaya intelektual pada masa kini, tambahnya lagi bila ditanyakan tentang peranan budaya intelektual dan budaya aktivisme terhadap penglibatan ahli akademik dalam aktivitisme politik.  Hal ini disebabkan mereka-mereka ini tidak terlibat dalam kajian lapangan, sebaliknya hanya bergantung kepada teori.

Di samping itu,menurut wawancara tersebut difahamkan juga pihak kementerian telah menyekat peruntukan kepada universiti dan ini membuatkan universiti yang ada perlu mencari dana sendiri. Hal ini membuka ruang kepada pihak korporat yang secara perlahan-lahan memasuki universiti dan meminta penyelidikan dilakukan untuk pihak mereka.

Um

Sejak tahun 2000, dijelaskan lagi dalam wawancara tersebut bahawa universiti-universiti perlu mengadakan tesis dan penyelidikan yang terarah kepada kebolehpasaran. Permintaan ini juga mempengaruhi orientasi universiti selain mempengaruhi cara pemikiran pelajar.

“Bagi generasi baharu yang lebih muda, mereka lebih cenderung memikirkan kenaikan pangkat; artikel apa yang harus ditulis dan boleh pasar; dari mana dana boleh didapatkan dan sebagainya. Ia mengubah persekitaran universiti itu sendiri”, tambahnya lagi.

“AUKU sudahpun dipinda hingga membenarkan pelajar terlibat dalam parti politik. Setelah berpuluh tahun terkongkong, ia merupakan suatu bentuk keterbukaan dan ia harus dimanfaatkan.”

Sebagai penutup wawancara,  Dr. Rohana meminta agar pindaan AUKU yang dilakukan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar kerana dapatan di lapangan boleh dinyatakan tanpa ada sekatan kerana ianya merupakan pandangan berrdasarkan penyelidikan.

Sumber : Naratif

Baca : “Jgn sebut pelajar skrg terlalu manja” – Viral Kes 2 Pelajar Meninggal, Universiti Digesa Pandang Serius Isu Kesihatan Mental

Feature Image Universiti

Sumber: FMT
Sumber: mStar
Sumber: SE Asia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.