in

“Jgn sebut pelajar skrg terlalu manja” – Viral Kes 2 Pelajar Meninggal, Universiti Digesa Pandang Serius Isu Kesihatan Mental

Ft Studentuitm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral sejak beberapa hari lalu selepas 2 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia dalam tempoh 2 hari dipercayai akibat tekanan belajar yang dihadapi.

Dua kes kematian itu menjadi topik bualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lepas dan ramai netizen berharap ia dapat membuka mata pihak berwajib agar tidak membebankan pelajar dengan terlalu banyak kerja.


 

Nurul Natasya Ezreen Azemi, 22 tahun

  • Mahasiswa di UiTM Merbok, Kedah meninggal dunia pada 2.50 petang, 9 Julai ketika menjalani rawatan di  Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani
  • Arwah dilaporkan sempat mengejutkan rakan serumah kerana mengalami sakit kepala sebelum muntah dan tidak sedarkan diri di rumah sewanya pada jam 4 pagi
  • Menurut Awani, imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan terdapat pendarahan di bahagian otaknya.

Pelajar1

 

Muhd. Adham Hazim Muhd. Rizaini, 21 tahun

  • Mahasiswa di UiTM Jengka, Pahang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 10.52 malam, 10 Julai lepas
  • Arwah merangkak ke bilik ibu bapanya dan meminta tolong dan mengadu sakit kepala yang amat pada jam 5 pagi

Menurut bapanya, doktor memberitahu keadaan Adham sangat kritikal kerana dua urat kepalanya putus. Arwah yang meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala dikatakan sering tidur lewat sejak kebelakangan ini untuk ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan akhir semester, lapor Kosmo!.

Student

Menurut Malaysiakini, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) turut menggesa pihak universiti untuk mengurangkan beban kerja mahasiswa. KMUM turut meminta agar isu kesihatan mental membabitkan mahasiwa yang kini menjalani kelas dalam talian, dipandang serius.

Pembelajaran atas talian yang telah dijalankan selama hampir dua tahun ini memberikan impak yang sangat membimbangkan terhadap kesihatan mental mahasiswa.”

Kesatuan berpandangan bahawa pihak pihak yang berkaitan perlu untuk tidak menidakkan suara mahasiswa yang mengutarakan isu ini. Mahasiswa berhak untuk menyuarakan isu yang kini melibatkan nyawa mereka sendiri.”

Mendiamkan isu ini bermakna nyawa mahasiswa tidak dipedulikan.”

Tweet

KMUM turut berkata, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pihak yang lebih berautoriti seharusnya campur tangan dalam isu yang serius seperti ini.

Gerakan Mahasiswa Demokratik (GMD) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga turut tampil menggesa KPT serta institusi pengajian tinggi mengambil langkah meningkatkan kesihatan mental di kalangan pelajar. Antara yang dicadangkan adalah:

  • Bebanan kerja mahasiswa diminimumkan
  • Tugasan atau ujian tidak diberikan di saat akhir
  • Masa rehat selama seminggu diberikan kepada mahasiswa setiap satu bulan
  • Tarikh akhir penghantaran tugasan dilanjutkan — supaya pelajar ada masa yang cukup untuk siapkan tanpa tekanan berlebihan
  • Subjek tidak penting perlu dihapuskan — agar pelajar dapat fokus pada subjek penting

Baca: Pelajar Meninggal Dunia, Didakwa Stres Banyak ‘Assignment’ & Tak Cukup Tidur?

Cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.