in

Genap 30 Tahun Pemergian, Ini Sebab Mengapa Sudirman Hj Arshad Masih Diingati Hingga Sekarang

Untitled design 2022 02 22T174633.196

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia dikurniakan dengan ramai seniman serta seniwati yang berbakat besar dan diingati sehingga ke hari ini. Salah satu nama yang tidak luput dari ingatan ramai rakyat Malaysia ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

s7

Beliau merupakan seorang lagenda dalam industri seni tanah air yang boleh dikatakan mempunyai bakat yang luar biasa.


Untuk pengetahuan semua, Allahyarham meninggalkan kita pada tarikh 22 Februari tahun 1992 dan itu menjadikan genap 30 tahun pemergiannya.

‘Penghibur No. 1 Asia’

Semangat Patriotik Sudirman

Sudirman diberi pengiktirafan sebagai penghibur nombor 1 Asia apabila beliau berjaya memenangi Asia Popular Music Awards pada 19 Mac 1989 di Royal Albert Hall, London. Malah, beliau juga turut memenangi anugerah ‘Best Perfomer’ dalam anugerah berprestij tersebut.

Satu-satunya penyanyi yang membuat konsert percuma di Jalan Chow Kit.

Untitled design 99

Antara konsert yang paling diingati oleh peminat-peminatnya ialah konsert di Jalan Chow Kit, ini kerana konsert tersebut diadakan secara percuma dan konsert itu juga tercatat dalam Malaysia’s Book Of Record kerana difahamkan 100 ribu rakyat Malaysia menghadiri konsert tersebut pada 15 April 1986.

Pernah merakamkan single di Studio Abbey Road, London

Lagu “One Thousand Million Smiles” dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Lebih menarik lagi, proses rakaman lagu itu dibuat di Studio Abbey Road, tempat rakaman album bagi penyanyi ikonik seperti The Beatles.

Selain itu, lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seniman yang tiada pengganti

maxresdefault 2

Dengan bakatnya yang besar dan serba boleh, Sudirman Haji Arshad bukan sahaja ‘permata’ di atas pentas. Beliau juga seorang penulis yang banyak berkongsi buah fikirannya dalam majalah URTV dan juga merupakan penulis residen bersama Karangkraf.

Beliau juga merupakan seorang yang berbakat dalam seni lukisan dan selalu melukis komik pendek dalam akhbar serta majalah pada waktu dulu.

Semoga bakatnya ini sentiasa diingati oleh generasi baru dan seterusnya.

Salam Akhir, Al-Fatihah

Baca: Miliki Suara Persis Allahyarham Sudirman, Penyanyi Buskers Muar Ini Jadi Perhatian Ramai!

Untitled design 98

Sumber: MalaysiaPost
Sumber: pekhabar
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.