in

[UPDATE] Gempa Bumi Turkiye & Syria Ragut 4,300 Nyawa, Viral Video Ibu Meninggal Masa Lahirkan Anak Bawah Runtuhan

Bayi Dilahirkan Bawah Runtuhan Gempa Bumi Syria Turkiye

Menyedihkan… Seperti yang kita semua sedia maklum, awal subuh semalam, bumi Turkiye dan Syria telah dilanda musibah apabila gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter telah menggegarkan beberapa bandar di dua negara tersebut.

Korban daripada gempa bumi ini katanya telah meningkat kepada 4,300 orang (setakat artikel ini ditulis), yang mana lebih teruk lagi mangsa yang terselamat terpaksa berhadapan dengan cuaca musim sejuk dan kehilangan tempat tinggal, lapor Malaysiakini.

Fosnfjcwcambasj

Fosss9Ewyaqjsi1

Netizen sebak lihat ibu meninggal lahirkan anak bawah runtuhan

Apa yang membuatkan situasi ini lebih menyayat hati apabila tular pula satu video di Twitter yang memaparkan orang awam membawa keluar bayi yang baru dilahirkan dari bawah runtuhan gempa.

Menerusi video itu, netizen melaporkan yang bayi tersebut telah dilahirkan di bawah runtuhan gempa bumi dekat Aleppo, Syria. Lebih memilukan, ibu bayi tersebut katanya telah meninggal dunia sebaik sahaja anaknya dilahirkan.

Video ini mengandungi imej sensitif. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen simpati dan kesedihan daripada netizen atas apa yang menimpa warga Turkiye dan Syria.

Rata-rata juga memanjatkan doa agar mangsa-mangsa yang terlibat bertabah dengan dugaan yang berlaku.

Sedih Bayi

“Seperti kiamat” – Mangsa

Dalam pada itu, keadaan cuaca juga katanya telah menjejaskan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di bawah runtuhan bangunan-bangunan pangsapuri di kawasan yang terjejas.

Menurut laporan, situasi di Syria juga dikatakan mengalami kemusnahan yang lebih banyak kerana rakyatnya telah kehilangan tempat tinggal akibat perang bertahun lamanya.

Fossqwvxgaqj Vw

Gempa bumi itu juga dikatakan melanda sebelum matahari terbit dalam cuaca buruk serta disusuli dengan satu lagi gempa besar pada awal petang kemudiannya.

Kami digoncang seperti buaian. Terdapat sembilan daripada kami di rumah. Dua anak lelaki saya masih di dalam runtuhan, Saya sedang menunggu mereka,” kata seorang masa di Diyarbakir, Turkiye.

Fosnjf2Xeaeeenq

Manakala seorang mangsa di Syria, Abdul Salam al-Mahmoud pula berkata,

Ia seperti kiamat. Cuaca sangat sejuk dan hujan lebat, dan orang ramai perlu diselamatkan.”  

Gempa bumi ini juga adalah yang terbesar direkodkan di seluruh dunia oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat sejak gegaran terpencil di Atlantik Selatan pada Ogos 2021.

Malah gempa bumi ini juga disifatkan sebagai bencana dan gempa bumi terburuk yang pernah melanda Turkiye sejak tahun 1939.

Takziah buat mangsa-mangsa yang terlibat dan semoga mereka kuat menghadapi dugaan ini. 

Baca: Gempa Bumi Turkiye: Bangunan Bersejarah, Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Istana Gaziantep Gempa Bumi

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter