Seramai 100 orang aktivis sedang bergerak dalam 11 kapal kini sedang menuju ke Semenanjung Gaza menurut Pertubuhan Antarabangsa, Freedom Flotila Coalition (FFC) pada Khamis, dipercayai sebagai gelombang kedua misi kemanusiaan.
Menurut FFC, dua bot yang mengibarkan bendera Itali dan Perancis berlepas dari Otranto, Itali pada 25 September dan disertai kapal Conscience pada 30 September.
Dalam kenyataan itu lagi, kapal-kapal berkenaan dijangka bergabung dengan satu lagi konvoi lapan buah bot, “Thousand Madleens To Gaza” dalam masa terdekat ini.
Artikel berkaitan : Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis
Artikel berkaitan : Kronologi Perjalanan Global Sumud Flotilla 2025 Ke Gaza, Sebahagian Kapal Kini Ditahan Israel
Kedua dua kumpulan kapal ini akan bergabung dan membentuk konvoi 11 kapa menuju ke Gaza.
Menurut Bernama, kumpulan kapal itu kini sedang berada di perairan Crete.
Sejak semalam, muncul video belasan kapal dilihat belayar di perairan menuju Gaza, membawa bendera itali. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan video itu sehinggalah FFC mengeluarkan kenyataan ini.
@aimasterg85 FREE PALESTINE 🇵🇸✊🏻 #sumudflotila #freepalestin #freegaza #fyp #supply
Sejak semalam, seramai 450 aktivis Global Sumud Flotila (GSF) termasuk wakil Malaysia telah ditahan oleh Pasukan Tentera Laut Israel. Tentera Israel turut merampas 42 bot yang turut mengagalkan usaha menghantar bantuan kemanusian ke Semenang Gaza.
Sumber : Malaysia Kini