in

Gelandangan Tular Disiram Di Kaki Lima Dapat Semula Pasport, Pulang Ke Negara Asal

gelandangan disiram pulang ke negara asal pasport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelandangan tular yang disiram dan dikasari di kaki lima sebuah bangunan di Taman Maluri, Kuala Lumpur pada minggu lalu pulang ke kampung halamannya, India selepas dia mendapat semula pasportnya yang ditahan bekas majikan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengasas pusat perlindungan gelandangan, Anthony Lian yang bertemu dengan wakil Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Prisma) serta bekas majikan Safiudeen Pakker Mohamed.


Dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Tinggi India, dokumen perjalanan Safiudeen dipulangkan di hadapan pegawai diplomatik.

vocket gelandangan disiram air b

Menurut Anthony, semuanya diselesaikan dengan baik termasuk tunggakan bayaran, tiket penerbangan dan denda tempoh tinggal melebihi masa yang akan ditanggung bekas majikan.

“Suruhanjaya Tinggi memutuskan bahawa adalah lebih baik untuk dia pulang. Bekas majikan telah memulangkan pasport, menyelesaikan apa-apa bayaran tertunggak dan turut menawarkan untuk membayar tiket penerbangan pulang ke India. Dengan itu, semuanya selesai.”

Artikel berkaitan: “Majikan tahan pasport & berbulan tak dapat gaji”- Ini Kisah Gelandangan Yang Disiram Air di Luar Bank Baru-baru Ini

Difahamkan, selepas Safiudeen diselamatkan, dia ditempatkan dan dijaga Suruhanjaya Tinggi sehingga hari kebarangkatannya.

“Dia lega. Dia hanya mahu pulang kepada keluarganya di Tamil Nadu. Kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian secara baik dan saling memohon maaf,” ujar Anthony.

Screenshot 2025 12 01 at 8.57.57

Terdahulu, video menunjukkan Safiudeen disiram air oleh dua orang individu ketika dia sedang tidur di kaki lima mencetuskan kemarahan orang ramai.

Safiudeen datang ke Malaysia pada Mac tahun lalu untuk bekerja sebagai tukang masak, namun mendakwa pasportnya dipegang sejak hari pertama dan gaji ditangguh berulang kali sehingga dia tidak mampu menyara keluarga atau mendapatkan pekerjaan lain.

Selama enam bulan tiada pekerjaan dan tanpa dokumen menyebabkan dia menjadi gelandangan.

Sumber: NST

Sumber: FMT
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.