in

“Balut kain ihram macam tuala” – Gelagat Pelajar Sertai Program Kursus Haji Bikin Netizen Terhibur

haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim haji tiba lagi dan kebanyakan jemaah sudah mula melakukan ibadah mereka di tanah suci.

Bagi memastikan golongan kanak-kanak dapat belajar, pihak sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kem haji bagi tujuan mendidik pelajar mengenai ibadah tersebut.


haji
Gambar hiasan.

Bagaimanapun, jika namanya kanak-kanak, sudah pastilah banyak karenah mereka ketika menghadiri kem tersebut.

Menurut hantaran seorang guru di laman TikTok @rosemawaddah_, netizen berasa geli hati setelah melihat ada seorang murid lelaki yang ‘bermain-main’ dan menjadikan kain ihram sebagai tuala!

@rosemawaddah_Tak jadi nak sedih kalau tengok perangai student macamni,alahai geli hati betul dibuatnya?♬ Sutun 1 – Sholehahamidshop

Sudah tentulah, tindakan murid itu telah membuatkan ramai tidak kering gusi!

Dalam video sama, kelihatan pula seorang pelajar lain yang mengenakan kain ihram. Apa yang menggelikan hati, habis rumput melekat pada belakang kain tersebut, mungkin kerana murid itu diminta duduk di atas padang.

“Tak jadi nak sedih kalau tengok perangai student macam ni. Alahai, geli hati betul dibuatnya,” kata guru tersebut dalam ruangan kapsyen.

Artikel berkaitan: Anggap Seperti Di Tanah Suci, Sekumpulan Penduduk Sulawesi Panjat Gunung ‘Tunai Haji’?

Artikel berkaitan: Berkat Menabung Sejak Remaja, Warga Emas Akhirnya Dapat Tunai Haji Usia 90 Tahun

Meninjau ke ruangan komen, balasan netizen selepas menonton video berkenaan juga tidak kurang kelakar.

“Adik itu macam saya. Lepas mandi balut tuala atas kepala sebab malas guna hair dryer,” kata Kacang.

“Aduhai, tak apalah adik. Nanti pergi haji pakai kain ihram tu betul-betul ya,” kata Sweet.

“Ini semua mesti anak nombor dua,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, video tersebut telah mendapat hampir 5,568 likes dan meraih 72 komen di laman TikTok.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.