in

Gegaran Di Ipoh: Ketua Polis Perak Sahkan Tiada Latihan Berkaitan Letupan

Ft Gegaran Ipoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Haji Azizi Bin Haji Mat Aris mengambil maklum tentang bunyi letupan dan gegaran kuat di Ipoh kira-kira jam 11.06 pagi tadi. Beliau berkata, hasil semakan dengan pihak Bridged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, tiada sebarang latihan berkaitan letupan itu.

Dalam pada itu, pihaknya ada membuat semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian dan mereka dapati bahawa tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum pukul 12.00 tengah hari tadi.


Artikel berkaitan : “Gegaran 20-30 saat” –  Rakyat Malaysia Cerita Keadaan Terkini Selepas Gempa Bumi Di Jepun

Artikel berkaitan : Gempa Bumi Di Kundasang Awal Pagi Ini, Gegaran Turut Dirasai Hingga Ke Gunung Kinabalu!

Pihaknya sudah membuat semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan mendapati bahawa tiada kesan sebarang aktiviti seismik di daerah Ipoh biarpun berlakunya gempa bumi di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.

Ipoh

Susulan itu, beliau mengatakan bahawa polis kini sedang mengenal pasti insiden tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk hubungi pusat kawalan kontinjen Perak di talian, 05-2451119 atau 05-2451073.

Beliau juga menegaskan kepada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.