Seorang pengguna TikTok yang terkenal dengan frasa “Salam dari Binjai” ini telah meraih populariti selepas videonya viral di media sosial.
Bukan sahaja terkenal di kalangan orang-orang di negaranya, malah pemuda ini turut mendapat perhatian dari orang luar negara tau!
Untuk korang yang tak tahu, lelaki bernama Paris Pernandes ini terkenal kerana sering memuat naik video menumbuk pokok pisang dengan laju sehingga tumbang!
@parispernandes_ Balas @yoskiyoshi sisanya kau tf ya saus tar tar @yoskiyoshi salam dari binjaiii. #parispernandes #mma #binjai #medan #viral #salamdaribinjai #viral #fypindonesia
Viral sampai ramai ikut trend?
Ekoran videonya yang telah viral ini, ramai juga anak-anak muda yang mahu mengikut jejaknya menumbuk pokok pisang sehingga tumbang.
Itu takpe lagi, disebabkan trend “Salam dari Binjai” ini, satu kebun pisang milik seorang penduduk Desa Surabayan habis dikerjakan budak-budak! Keadaan kebun tersebut yang dilihat porak-peranda turut dikongsikan di media sosial.
https://www.instagram.com/p/CVvQwGovN42/?utm_source=ig_embed&ig_rid=be5c9f8d-4b12-45cb-a489-17f1666be842
Ekoran dari ini, budak-budak ini telah pun dipanggil bersama ibu bapa mereka dan diberikan nasihat agar tidak membuat semula kesalahan yang sama dan meminta ibu bapa memantau kelakuan anak-anak mereka.
Bila ditanya kenapa rosakkan kebun pokok pisang, budak-budak ini dengan lurus menjawab yang mereka sedang berlatih silat. Aduiiii
“Habis pokok pisang mama aku”
Tak cukup dengan itu, di Sumut, Indonesia pula, seorang lelaki menceritakan yang dia telah menyergah sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang memukul pokok-pokok pisang di depan rumahnya.
Semalam lepas aku balik kerja, aku nampak budak-budak lelaki tengah kecoh depan rumah. Bila mama aku jemur pakaian, tiba-tiba ada sorang budak bagitau pokok pisang mama aku tengah dipukul oleh sekumpulan budak-budak sehingga tumbang.
“Bila aku keluar dan tegur mereka, mereka malah mengejek dan cakap ‘Salam dari Binjai!'”
Di Twitter pula, beberapa netizen turut menceritakan yang mereka mengalami kejadian yang sama.
Ekoran trend yang menjadi ikutan budak-budak ini telah menyebabkan banyak pokok pisang yang masih berbuah rosak, Paris telah menasihati agar orang ramai yang mahu membuat perkara yang sama untuk berhati-hati ketika memilih pokok pisang.
Kebanyakan netizen tidak tahu bahwa pohon pisang yang digunakan adalah pohon yang sudah pernah berbuah dan akan ditebang oleh pemilik. Saya pasti menjaga kelestarian alam juga.”
Selain itu, Paris juga menasihatkan agar pengikutnya tidak membuat konten sehingga merugikan orang lain.
Sumber: Vice Indonesia
Baca: “Nampak je bersih” – Makan Isikel Jadi Trend Baru Di TikTok, Jangan Ikut Sebab…