Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui yang beliau tidak tahan dengan ‘sindiran’ terhadap prestasi Manchester United yang setakat ini sangat tidak memberangsangkan.
Ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, beliau menjelaskan bahawa dirinya sememangnya penyokong tegar pasukan The Red Devils.
Artikel berkaitan : “Dah macam Menteri Pelancongan!” – Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Masakkan Roti Jala
Artikel berkaitan : Anwar Ibrahim Dikritik Ekoran Video Tular Islamkan Saudara Baru, Ini Penjelasan Lengkap Dr. Zul…
Anwar turut memberitahu bahawa beliau sering menjadi ‘bahan sindiran’ dalam kalangan cucu-cucunya yang menyokong pasukan lebih menyinar iaitu Arsenal dan Liverpool.
“Saya ini penyokong Manchester United, jadi cucu-cucu kata saya ini sudah ketinggalan zaman, kegemilangan kelab itu sudah berlalu.”
“Saya kata tidak, saya tidak mampu lagi menukar pasukan. Mereka penyokong Arsenal, sebahagian kecilnya Liverpool. Saya kata tidak, saya tidak akan bersama dengan mereka.”
Sebagai info, Manchester United telah dimalukan Liverpool di Old Trafford apabila tewas 0-3 pada Ahad lalu. Ia merupakan kekalahan kedua The Red Devils daripada tiga perlawanan musim ini.
Kekalahan kepada musuh tradisi itu telah menyebabkan timbul semula spekulasi mengenai masa depan pengurus pasukan Erik Ten Hag bersama Manchester United.
Apatah lagi selepas Manchester United membawa masuk 5 pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan bagi mengharungi musim ini.
Sumber : Astro Awani