in

Gara-gara Rupa Mirip Hafidz Roshdi, Penyanyi Ini Ditegur Oleh Orang Awam Dekat R&R

ft hafidz roshdi sharul kamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia 2015,  Sharul Kamal menepis dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya adalah pelakon Hafidz Roshdi, kenyataan itu dibuat menerusi laman akaun Twitter miliknya selepas ada orang awam mendakwa dia adalah pelakon tersebut.

 

“Cerita dia semalam dekat R&R ada orang ingat aku Hafidz Roshdi.”


Dalam perkongsian itu, Sharul ada melampirkan satu perkongsian video menunjukkan dirinya bersama pelakon tersebut.

Dalam video tersebut, dilihat Hafidz Roshdi sendiri tidak nafikan bahawa paras rupa mereka berdua memang ada miripnya. Pelakon itu membuat kenyataan bahawa mereka berdua adalah individu berbeza dan memesan agar tidak samakan dirinya dengan Sharul.

“Hafidz : Saya pelakon dia penyanyi..

Sharul : Cukup, jangan nak samakan

Hafidz : Jangan nak sama-sama, kalau nak samakan pastikan benda-benda baik.

Sharul : Lagi satu kau tak boleh buat hal, aku pun tak boleh buat hal, nanti orang kata sama kan, bahaya.

Hafidz : Kau pun tak boleh buat hal jugak”

Majoriti yang melihat video tersebut tidak menafikan bahawa rupa mereka memang seiras, dalam pada itu, ada juga yang menyamakan muka penyanyi ini dengan Akim Ahmad.

 

Kalau trim rambut, silap hari bulan kena serang – Netizen

Screenshot 2023 03 01 145436 Screenshot 2023 03 01 145448 Screenshot 2023 03 01 145459 Screenshot 2023 03 01 145524 Screenshot 2023 03 01 145537 Screenshot 2023 03 01 145554 Screenshot 2023 03 01 145622

Min tengok sekali imbas memang sama, korang rasa?

Baca : Shuhada Harap Nafkah Anak Tak Putus, Hafidz Roshdi Komen Bagi Respon

ft shuhada hafidz nafkah anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.