Tanpa usul periksa dan tak dapat pengesahan, seorang lelaki 55 tahun dari India hampir dibakar hidup-hidup dalam satu upacara pemakaman di India.
Simanach Mallick yang sedang mengembala kambing dikatakan tak kunjung pulang sampai larut malam. Bimbang dengan keadaannya, ahli keluarga menggesa orang kampung untuk mencari Simanach.
Tersedar sebelum disemadikan
Simanach ditemui terdampar dan tidak sedarkan diri, ketika orang kampung ingin membawanya ke hospital untuk pemeriksaan, tapi keluarganya pula beranggapan yang Simanach dah meninggal dunia.
Jadi, orang-orang kampung pun bawa lah ‘jenazah’ Simanach ke krematorium untuk sesi dekremasi (persemadian).
Masa ini lah orang kampung dan keluarga terkejut dan takut apabila melihat Simanach tiba-tiba bergerak.Mujurlah dia sempat selamatkan diri, kalau tak habis tubuh badannya dibakar.
Dari situlah mereka mula menyedari bahawa Simanach sebenarnya belum mati lagi, nyaris-nyaris dia dibakar.
Dia terus dikejarkan ke hospital, setelah mendapatkan rawatan, keadaan dia semakin baik dan dah pulih. Kata doktor, Simanach jadi tidak sedarkan diri kerana demam teruk dan keadaan kesihatannya pada waktu itu agak membimbangkan, tapi masih boleh dirawat.
Menerusi Tibunnews, Simanach mungkin masa itu demam dan terjatuh pengsan ketika sedang mengemabala kambing.
Isteri, Simanach, Soli, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya masih hidup. Malah dia juga menyesal tidak membawa suaminya ke hospital terlebih dahulu dan cepat buat andaian.
Simanach kini telah keluar dari hospital dan dia dah pulang kerumah bersama keluarganya. Aduihh! Nyaris-nyaris, elok-elok sakit yang boleh sembuh nanti tak pasal-pasal terus menimpa maut.
Nasib baik jugalah, dia sedar sebelum dibakar, kalau tak, naya je.
Baca : “Benda kecik kot” – Muka Wanita Ini Dibakar Gara-gara Terlupa Beli Rokok Untuk Suaminya

