in

Gara-Gara Pegang Corong Peniup, Pelajar Lelaki Cedera Kena Renjatan Elektrik Waktu Banjir Kilat

Pelajar Kena Renjatan Elektrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, bila hujan lebat sahaja mesti akan ada banjir kilat yang menyusul. Sesetengah kawasan ada yang dalam keadaan baik dan ada juga terjejas teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada fasiliti awam.

Baru-baru ini menurut Sinar Harian, seorang pelajar lelaki cedera apabila terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan di sini selepas institusi kemahiran itu dilanda banjir kilat pada petang Rabu.


Banjir2

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang selepas mangsa berusia 19 tahun memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ada berkata yang pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru pada jam 2.08 petang.

Norazam

Menurut beliau lagi, seramai 7 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikerah dalam operasi berkenaan.

Mengulas dengan lebih lanjut, Norazam turut menambah yang pemeriksaan mendapati pelajar berkenaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik setelah kawasan Giat Mara itu dinaiki air setinggi 0.5 meter. Mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

“Kami telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan meminta pihak pengurusan premis menutup semua bekalan elektrik” – Norazam Khamis

Bagaimanapun, Norazam berkata tiada sebarang kemalangan jiwa lain dilaporkan dan keadaan kembali terkawal.

Korang kena sentiasa berhati-hati tau masa musim hujan dan banjir ni untuk elakkan perkara yang tak diingini dari berlaku!

Baca: “Budak Lelaki Di Filipina Maut Terkena Renjatan Elektrik Lepas Cucuk ‘Extension Plug’ Dengan Sudu”

Bawah 11

Sumber: Kosmo!
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.