Semalam, tular satu video di laman Twitter memaparkan seorang wanita telah terjatuh ditolak orang ramai yang dilihat sedang berebut-rebut memasuki sebuah kawasan lapang.
Difahamkan wanita yang terjatuh itu sedang hamil dan insiden itu juga telah menimbulkan kemarahan suami mangsa yang juga berada di tempat kejadian. Alamak apa kes ni?
“Kalau anak mati, lepas tanganlah semua?”
Susulan daripada video itu, tular lagi sebuah video yang memaparkan suami kepada mangsa berhadapan dengan pihak yang mengadakan event tersebut berkenaan keadaan isterinya.
Menurut lelaki itu, jika anak di dalam kandungan isterinya meninggal dunia, adakah pihak tersebut akan bertanggungjawab? Malah dia juga menolak untuk menerima tawaran transportation ke hospital.
Tambah lelaki itu lagi, dia bakal mencari siapakah dua individu yang telah menolak dan melanggar isterinya semasa insiden berkenaan berlaku.
Huraikan
Cc: naazhimabrahim pic.twitter.com/1RWqw3GRDh
— FADD (@OfficialFadd) April 19, 2022
Rupanya event Youtuber terkenal?
Menerusi hasil carian di TikTok, netizen dapat merungkai persoalan apakah yang sebenarnya yang terjadi dan rupa-rupanya event berkenaan dipercayai telah diadakan oleh Youtuber terkenal iaitu Isa Isarb.
Isa Isarb yang berkongsi mengenai acara tersebut di TikTok menjelaskan bahawa dia mengadakan satu ‘game’ yang mana memerlukan lebih kurang 50 orang peserta pertama untuk menyertainya dan hanya seorang pemenang akan mendapat hadiah wang lumayan sebanyak RM10,000.
Event tersebut diadakan di Gardens Arena, Rawang pada jam 2 petang semalam (Selasa).
@isaisarbofficial Garden Arena ! Rm10k
@isaisarbofficial Alhamdulillah
“Dah tahu wife mengandung, bawak pergi event macam ni?”
Isu ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya telah mengecam lelaki berkenaan kerana dikatakan tidak sepatutnya membawa isteri yang sedang hamil ke event yang sedemikian.
Apa-apapun kita doakanlah semoga kandungan isteri abang berkenaan tak ada apa-apa dan selamat. Haish ghisau tengok dorang lari-lari macam tu. Kalau jatuh memang habis kena pijak.
Baca: “Harga nak dekat RM300k tu” – Hadiah Kahwin Emas 1kg Geng Isarb Buat Ramai Ternganga