in

Gara-gara Makan Ikan Tuna Dimasak Dengan Susu Sejat, Satu Keluarga Di Indonesia Keracunan Makanan

Susu 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, ada sesetengah orang suka ‘bereksperimen’ dengan pelbagai jenis resipi yang dicampur dengan bahan masakan yang lain. Selain terlihat ‘pelik’, namun tak semua makanan yang telah digabung selamat untuk dimakan.

Keracunan makanan, masuk hospital

Satu kejadian yang berlaku di Indonesia apabila sebuah keluarga telah keracunan makanan selepas mereka makan ikan tuna yang telah dimasak bersama susu sejat. Kes ini tular selepas satu video yang dimuat naik oleh @kingmodinking memaparkan ahli keluarganya terpaksa masuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


Artikel berkaitan: Pengunjung Pesta Buku Dakwa Keracunan Makanan Lepas Beli Dekat Foodtruck

Artikel berkaitan: Akibat Makan ‘Leftover Food’, Pelajar Kena Keracunan Makanan Sampai Terpaksa Potong Kaki

Dalam video tersebut, kelihatan tiga orang ahli keluarganya telah terbaring lemah di atas katil pesakit di IGD (Instalasi Gawat Darurat) atau lebih mudah dipanggil Unit Rawatan Rapi.

Orang gila mana, orang gila mana.. aku yang gila buat satu keluargaku masuk IGD. Keracunan masakan aku.

Di kapsyen, wanita tersebut berkata dia telah mencuba masak ikan tuna, santan bersama susu sejat sebelum ia dihidangkan kepada keluarganya. Bagaimanapun, wanita tersebut tampil memberi penjelasan mengenai video yang tular itu.

@kingmodonking

Trauma masak ikan tuna santan collab evaporasi 😭

♬ jealous labrinth – k

Campur susu sejat dengan santan

Ceritanya, wanita berkenaan disuruh untuk masak ikan tuna yang dibeli oleh ibunya. Dia yang selalu masak di rumah, mencuba resepi baharu yang ditonton di YouTube dan akhirnya mendapat idea untuk menggabungkan santan dan susu sejat di dalam masakan itu.

Sebelum campur susu sejat dalam masakan aku tu, aku dah rasa sikit sama ada masih elok atau dah basi. Tapi masih elok, jadi aku campurkan sahaja.. sikit sahaja.. nak bagi rasa sedap dan berlemak.

Tambah wanita itu, keluarganya sudah makan dan masing-masing memuji masakan tersebut sebelum mereka mula sakit perut dan pergi ke tandas berkali-kali beberapa jam kemudian. Oleh itu, mereka segera pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Keluargaku terus disuntik ubat dan Alhamdulillah tak kena tahan hospital dan boleh dirawat di rumah.

Rupa-rupanya, kejadian tersebut sudah berlaku beberapa bulan yang lalu dan kini keluarganya sudah sihat dan sama sekali tidak menyalahkannya tetapi mereka berasa trauma untuk makan masakan itu.

Aku baru tahu, susu sejat tak boleh tahan lama walaupun sudah disimpan di dalam peti sejuk.

Pun begitu, dia tetap rasa bersalah dan tiada niat untuk menyakiti keluarganya.

@kingmodonking

Membalas @🦩 sudah diselesaikan secara kekeluargaan ya guys 🙏🏼🥹

♬ jealous labrinth – k

Video yang tular itu telah mendapat perhatian sesetengah netizen dari Malaysia. Mereka mendakwa mungkin masakan tersebut rosak kerana ikan tuna dan bukannya sebab susu sejat dan santan.

Susu 1

Risau juga macam ni… kena lebih hati-hati kalau nak buat eksperimen..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.