in

Gara-gara Kejar Ambulans Bawa Nenek, Pemandu Sebabkan Kemalangan Dengan 5 Kenderaan

kejar nenek ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara kejar ambulans yang membawa nenek ke hospital, seorang pemandu kereta jenis Perodua Bezza telah melanggar lampu isyarat di Kulim Hi Tech hingga menyebabkan kemalangan libatkan 5 kenderaan, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, kemalangan 4 buah kereta itu turut babitkan sebuah motosikal yang dinaiki oleh 2 pelajar kolej berusia 19 tahun.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu terjadi apabila sebuah Perodua Bezza sedang mengekori sebuah ambulans swasta dikatakan melanggar lampu isyarat merah.

Perbuatan itu kemudian menyebabkan Bezza berkenaan bertembung dengan Nissa Grand Livina yang dipandu oleh seorang wanita berusia 36 tahun yang berada di laluan sah.

hm29habis 1759200503

Artikel berkaitan: “Masih teringiang raungan mereka” – Lelaki Sebak, Kongsi Detik Sayu Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Artikel berkaitan: Baru Seminggu Bergelar Pengantin Baharu, Pengarah Animasi Ejen Ali Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Nissan terbalik dan melanggar Protosn Saga serta Toyota Camry serta motosikal yang berada di lampu isyarat dari laluan bertentangan.

Kereta Perodua Bezza terbabit juga turut terbabas dan rosak teruk.

“Menurut siasatan awal, pemandu Perodua Bezza itu menyatakan dia sedang mengekori neneknya yang dibawa menaiki ambulans untuk ke sebuah hospital pakar di Butterworth, Pulau Pinang,” katanya.

Kejadian ini juga menyebabkan pelajar yang menaiki motosikal patah buku lali kaki kanan dan pemboncengnya luka di kaki dan tangan kanan.

Pun begitu, difahamkan pemandu kereta Proton Saga dan Toyota Camry tidak tercedera.

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.