in

Gara-gara Isu Tarif, Pengilang Di China Didakwa ‘Expose’ Jenama Mewah Buat Barangan Di Kilang Mereka

oem china dedah barangan mewah jenama kilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perang tarif di antara China dan Amerika Syarikat (AS) nampaknya makin memuncak apabila China telah mengenakan tarif sebanyak 125 peratus ke atas barangan AS mulai Sabtu.

Pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan China itu menyaksikan peningkatan daripada 84 peratus yang dikenakan sebelum ini oleh ekonomi kedua terbesar dunia itu kepada AS.


71744198346 USChinaFlag

Malah kedua-duanya juga dilihat saling ‘berbalas’ tarif selepas pentadbiran Trump menaikkan tarif kepada China daripada 104 peratus kepada 125 peratus pada Rabu lalu.

Artikel berkaitan: 17 Jalan Sekitar KL dan Putrajaya Ditutup Sempena Lawatan Presiden China, Xi Jinping

Artikel berkaitan: China Kenakan Tarif Balas 125 Peratus Terhadap Barangan AS, Pasaran Global Semakin Goyah

Pengilang China dedah sesuatu yang mengejutkan tentang jenama mewah dunia? 

Namun sejak akhir-akhir ini, tular di TikTok beberapa video daripada pengilang di China membuat pendedahan mengejutkan tentang jenama-jenama mewah seperti Louis Vuitton, Channel, Gucci dan lain-lain lagi.

Menurut video-video tersebut, pengilang ini mendedahkan kebanyakan jenama mewah terbabit membuat produk mereka di kilang-kilang di China.

Produk-produk ini didakwa dihasilkan dengan harga yang murah tetapi dicaj dengan harga yang mahal kerana menggunakan ‘nama’ jenama mewah tersebut.

Malah lebih mengejutkan, didedahkan juga didakwa sebanyak 80 peratus produk dari Gucci dibuat di China. Malah bukan Gucci saja, produk seperti LV, Prada dan Adidas dan sebagainya juga dibuat di China.

Tak cukup dengan itu, ada di kalangan pengilang ini juga mengajak pembeli untuk membeli terus dengan kilang-kilang tersebut daripada membeli dari jenama mewah ini.

Pendedahan ini membuatkan ramai pengguna media sosial ‘buka mata’ dan terkejut dengan perbandingan harga di antara produk yang menggunakan ‘nama’ jenama tersebut dengan produk yang tidak berjenama, tetapi dihasilkan dari kilang yang sama.

Apa pendapat korang tentang isu ini? Ada yang dah mula ushar Taobao ke? 

Sumber: X, Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.