in

Gara-gara Dicabar, TMJ Senaraikan 10 Sumbangan Yang Diberi Kepada Harimau Malaya

Tmj Harimau Malaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam melahirkan rasa tidak puas hati apabila ada suara-suara yang menyatakan baginda tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada skuad bola sepak tanah air iaitu Harimau Malaya.

Pemilik skuad Harimau Selatan (JDT) itu menerusi Instagram miliknya menyenaraikan 10 sumbangannya kepada Harimau Malaya.


Tmjhm 1

Kenyataannya itu difahamkan dimuat naik ke Instagram miliknya kerana ramai yang mempersoalkan tindakan beliau mempertahankan keputusan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menyertai saingan Piala AFF.

“Sekarang saya cabar/challenge mana-mana pihak atau individu untuk memberi satu nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Termasuk pemimpin kelab-kelab anda,” tulisnya.

Berikut adalah sumbangan yang disenaraikan oleh TMJ dalam pembangunan skuad Harimau Malaya;

  • JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking – lebih slot kepada pasukan-pasukan Liga Super ke peringkat Asia.
  •  Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA – kedudukan 154 ke 146.
  • JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.
  • Menaja RM1.4 juta – menanam rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula Mac 2023.
  • Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan-perlawanan penting pasukan kebangsaan.
  • Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.
  • Merombak dan mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.
  • Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta ke RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan kes saman FAM itu.
  • Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM.
  • Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol untuk perkongsian profesional.

Sama-samalah kita doakan agar prestasi Harimau Malaya semakin bertambah baik…

Baca: “Pakai barang orang tapi tak bertimbang rasa” –  TMJ Bidas Kenyataan Kim Pan-Gon

Tmj Kpg

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.