Gara-gara buat laporan palsu kononnya disamun, seorang suri rumah didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret.
Hafeeza Syuhada Abdul Hamid, 37, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret, Saiful Sayoti selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Hakim turut menetapkan tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
Mengikut laporan, Hafeeza Syuhada dituduh telah membuat laporan palsu bahawa dia telah disamun di tepi Jalan Juaseh, Kuala Pilah oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
Sumber mengatakan kesalah itu didakwa dilakukan di Balai Polis Kuala Pilah pada 11 Julai lalu kira-kira pukul 1.51 tengah hari mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Hukuman setimpal berbentuk pengajaran dimohon oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi kepada tertuduh kerana telah membuat laporan palsu.
Hafeeza Syuhada yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meminta agar denda yang dikenakan dapat dikurangkan memandangkan dia mempunyai masalah kewangan. Dia turut meminta agar Majistret tidak mengenakan hukuman pernjara serta sekatan perjalanan.
Kredit: Kosmo
BACA: Pernah Beraksi Di Liga Super, Bekas Pemain Bola Sepak Ditahan Kerana Terlibat Kes Samun