in

Gara-gara Berwajah ‘Feminin’, Ramai Sangka Suami Wanita Ini Seorang Perempuan

suami wajah feminin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, kecoh diperkatakan mengenai satu kisah viral melibatkan seorang wanita dari Indonesia yang katanya tanpa sedar telah mengahwini seorang wanita lain yang dia sangka lelaki tulen.

Kisah yang menjadi perbualan hangat di Malaysia ini juga telah membuatkan rata-rata netizen agak berwaspada sehinggakan seorang wanita ini di TikTok baru-baru ini terkejut apabila dia diserang di ruang komen selepas memuat naik video bersama suami.


Ramai komen suami berwajah seperti wanita? 

Menurut wanita bernama Nur Izza’ain ini, pada mulanya dia hanya suka-suka berkongsi video collage bersama suami yang baru dikahwininya 3 bulan lalu di TikTok.

@bebecat0

one with my shuben sugar bb ??

♬ What Love Is – Zimmer90

Walau bagaimanapun, apabila melihat ke ruang komen, dia agak terkejut apabila ramai di kalangan netizen membuat dakwaan bahawa suaminya seorang wanita kerana berwajah agak feminin.

muka feminin

“Dia memang lelaki” – Isteri

Pening dengan pelbagai komen yan diterimanya di media sosial, Izza kemudian memuat naik video penjelasan di TikTok yang memberitahu bahawa suaminya memang seorang lelaki dan bernama Luqman.

Malah Izza juga mengakui yang suaminya memang dilahirkan dengan wajah yang agak feminin.

@bebecat0

Replying to @pia? semoga terjawab segala persoalan regarding my husband’s gender?? ??

♬ original sound – ? – ?

Malah menerusi temubual dengan mStar, suami Izza, Muhammad Luqman, 26, juga mengakui sudah terbiasa dengan persoalan tersebut dan tidak tertekan dengan pertanyaan orang mengenai dirinya.

Saya tak berasa tertekan sangat sebab dah biasa dengan perkara tu dan memang dah lalui. Cuma tak sangka pula sampai satu Malaysia pula yang tanya. 

“Sebab selalu saya pergi kerja tiada pula yang tanya saya ni perempuan ke lelaki,” katanya yang sudah bernikah dengan isteri pada 21 Mei 2022 lepas.

Tak baik korang yang kutuk paras rupa suaminya tu. Yang penting dia memang asli lelaki dan berkahwin dengan cara yang sah. 

Baca: Kenal di ‘Dating App’, Wanita Terkejut Dapat Tahu Suami Rupanya Perempuan Lepas 10 Bulan Kahwin

dating app

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.