in

Gara-gara Bergambar Dengan ‘Pose’ Angkat Jari Telunjuk Ketika Tunai Umrah, Jemaah Malaysia Ditahan Sebab…

Ft Jemaah Umrah

Kecoh di media sosial apabila ada jemaah umrah dari Malaysia telah ditahan di Madinah oleh pihak berkuasa tempatan di sana kerana disalah tafsir sebegai pejuang Palestin.

Jemaah tersebut, Huda Izaham ada lampirkan gambar tersebut dan kelihatan dia seperti berada di pekarangan Masjid Nabawi.

Artikel Berkaitan : Kembali Ke Fitrah Asal, Wanita Transgender Tunai Umrah Sebagai Lelaki

Artikel Berkaitan : ‘Salah guna harta anak yatim, amal ilmu ghaib” – Ada Jemaah Dari Malaysia Tak Nampak Kaabah Semasa Umrah?

Dia menaikkan jari telunjuk yang menuju ke langit yang membawa maksud ‘Allah yang satu’. Katanya, dia telah ditahan bersama dua sahabat lagi kerana gambar tersebut dan dia telah disoal siasat selama 30 hingga ke 45 minit.

398946910 24491642790434135 6833536396299797787 N

Mereka juga telah dibawa berjalan sepanjang 500 meter oleh pihak polis kerana nak pastikan jika mereka akan melarikan diri atau tidak.

“Alhamdulillah kami dilepaskan. Mujur ada sahabat Abu Muadz yang boleh berbahasa Arab datang membantu.

Sebelum ini, pernah hangat satu kes apabila seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi didakwa ditahan oleh pihak berkuasa kerana kelantangannya membuat kritikan.

Lapor mStar, individu tersebut menyifatkan Arab Saudi seperti dunia akhir zaman kerana pelacuran dan penjualan arak bebas berleluasa.

Sumber : mStar Online, Facebook