Bila tengok video ni rasa malu dia sampai ke sini, seorang lelaki yang mempunyai rambut panjang tak pasal-pasal kena tegur dengan seorang makcik ketika berada di dalam masjid kerana tidak ‘menutup aurat’.
Makcik tersebut dikatakan menghampiri lelaki ini dan ditegur kerana dia perlu ‘menutup aurat’ yang memerlukannya untuk menutup rambut. Namun begitu, lelaki tersebut menjawab bahawa dia seorang lelaki.
Artikel berkaitan : “Orang minta bantuan, makcik sorang je” – YB Geli Hati Makcik Minta Belikan Itik Sebab Nak Bela
Artikel berkaitan : [VIDEO] Berdekah! Makcik ‘Touch Up’ Lipstick Dekat Cermin Kereta Orang, Sekali Driver Ada Kat Dalam
Dalam video ini, dilihat makcik tersebut masih berkeras menegur lelaki ini biarpun sudah mengetahuinya, dia memberikan alasan yang tidak logik dengan menyatakan lelaki itu masih perlu menutup rambutnya biarpun dia kaum adam.
@mooi1999taylorsversion Penat la jadi lelaki Lawaaa 🥹🩵 auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???🧕🏼
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai netizen dapat bayangkan rasa malu yang dirasai oleh makcik tersebut setelah melihat video tersebut, malah rata-rata terhibur apabila melihatnya.
Tapi bila min tengok video ni, min pun rasa malu weh.