in

Gantung Banner Tabur Fitnah, Guru Besar Saman Bekas YDP PIBG RM 500,000

ft guru besar saman bekas YDP PIBG 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin disebabkan pernah ditegur, bekas Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membuat tindakan menggantung kain rentang (banner) dengan kata-kata berbaur fitnah terhadap seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Disebabkan itu, bekas  YDP tersebut kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM 500,000 yang difailkan oleh Suzana Adzmin@Azmin, 48, kepada Abd. Rahim Hussin, 56.


 

Sebab kena tegur?

ft guru besar saman bekas YDP PIBG

Menurut Kosmo! Tindakan melalui Tetuan Alias Ibrahim & Co pada 13 November lalu itu dibuat setelah mendapati bahawa defendan (bekas presiden) dipercayai merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam urusan menaikkan tiga kain rentang itu di dalam kawasan sebuah kampung di Wakaf Bharu pada 25 Jun, 3 Julai dan 22 Ogos lalu.

Kata Suzana, tulisan dalam kain rentang itu menyatakan bahawa dia merupakan guru besar yang menghasut orang, pilih kasih, memutar belit fakta, menyalah guna wang sekolah selain meminta agar dia ditukarkan ke sekolah lain.

“Semua dakwaan itu tidak benar apabila pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menjalankan siasatan kewangan dan integriti di sekolah sebelum mendapati saya tidak terlibat dalam sebarang kes salah guna kuasa.”

Tambahnya lagi, perkara itu terjadi mungkin disebabkan bahawa dia pernah menegur ahli jawatan kuasa PIBG berkenaan dengan perihal pengurusan.

“Saya pernah menegur ahli jawatan kuasa PIBG mengenai hal ehwal pengurusan persatuan itu dalam mesyuarat sebelum ini. Mungkin itu menjadi motif YDP PIBG menaikkan kain rentang berbaur fitnah yang ditujukan kepada saya.”

 

Kena pindah sekolah, reputasi terjejas teruk

Kesan daripada fitnah itu, Suzana mengatakan dia telah diarahkan untuk berada di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat selama 86 hari tanpa berbuat apa-apa.

Ia telah memberi kesan kepada kerjanya kerana tidak dapat melaksanakan sebarang tugas di sekolah. Akibat perbuatan itu, dia malu untuk berdepan dengan masyarakat malah ada dalam kalangan rakan-rakannya melarikan diri selepas mempercayai fitnah yang tertulis pada banner tersebut.

“Kejadian itu juga menjadikan emosi saya tidak stabil malah pakar psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian mengesahkan saya mengalami tekanan perasaan yang melampau.

“Selepas kejadian itu, saya telah mendapat arahan untuk ditukarkan ke sebuah sekolah di daerah sama dan akan memulakan semula tugas pada Ahad ini. Keadaan itu amat mengelirukan apabila saya sendiri masih belum sempat menabur bakti di sekolah lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan berterusan pada tahun ini, namun telah ditukarkan ke sekolah lain.” 

 

Bersihkan semula nama

Menurut Suzana, tujuan dia memfailkan saman sebanyak RM500,000 ini untuk membersihkan semula namanya, ganti rugi teladan dan segala kesan buruk yang dialaminya akibat sebaran fitnah.

Peguamnya Alias Ibrahim berkata, dia percaya anak guamnya mempunyai bukti yang mencukupi untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

 

Baca : “Pengetua mental” – Bengang Punya Pasal, Guru SMK Bandar Baru Sri Petaling Pakat Buat Banner Untuk Halau Pengetua?

pengetua6 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.