in

Ganjaran Lebih RM2 Juta & 3 Buah Kereta Nissan Almera Bakal Jadi Rebutan Sempena Jualan Mega Lazada 11.11!

Lazada Tawar Nissan Almera

Pesta beli belah tahunan Lazada yang terkenal, 11.11 Biggest One-Day Sale bakal kembali lagi untuk tahun ini dan pastinya bakal membuatkan ramai tertunggu-tunggu tawaran hebat yang dibawakan untuk edisi kali ini.

Nampaknya, edisi tahun ini dimeriahkan lagi dengan ganjaran lebih daripada RM2 Juta selain berpeluang untuk menangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

Para pembeli dalam talian pastinya tak sabar untuk menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran sambil mengumpul Lazada Bonus dan juga baucar Penghantaran Percuma. Dalam masa yang sama, semua pembeli turut berpeluang untuk menangi pelbagai ganjaran lumayan.

Para pembeli boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik dengan tawaran Jaminan Harga Terendah selain ciri-ciri Shoppertainment dalam 11.11 Biggest One-Day Sale.

Photo 2 Lazada 11.11 Biggest One Day Sale

Selain aktiviti jualan dalam talian, orang ramai juga diharapkan tidak terlepas untuk menyaksikan Super Show Lazada 11.11 yang menampilkan ramai artis-artis ternama.

Selain itu, akan diadakan juga beberapa lagi aktiviti sepanjang 27 Oktober sehingga 15 Oktober seperti :

Lazzie Hunt: Cari Lazzie, Lengkapi Misi, dan Beli Sekarang

Maskot Lazzie akan dipaparkan pada kenderaan penghantaran Lazada Logistics beserta lima kod QR unik. Kod ini difahamkan akan memberikan akses eksklusif kepada baucer dan ganjaran eksklusif melalui acara Lazzie Hunt berjumlah lebih daripada RM2,000,000.

Photo 1 Lazzie Hunt

Jaminan Harga Terendah: Tawaran Mesti Beli

Ganjaran pulangan wang 11 kali ganda kepada pelanggan sekiranya mereka menemui harga lebih rendah pada mana-mana produk dengan Jaminan Harga Terendah Lazada.

Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma: Paling Banyak Ditawarkan

Dari sekarang sehingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpulkan berbilang baucar Penghantaran Percuma setiap hari selain diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400 yang memberi potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 pada 11 November dan ianya boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain.

Tawaran Eksklusif Tempoh Terhad : Crazy Brand Mega Offers dan Crazy Flash Sale

Dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi 11 November ini, rakan-rakan jenama di LazMallakan melancarkan pelbagai tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70%! 

Antaranya seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi.

Jadi, pelanggan digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula dan bersedia untuk Crazy Brand Mega Offers pada tengah malam. 

Chup Dulu: Pembeli Awal Terima Tawaran Lebih Baik

Pembeli juga masih boleh berjimat melalui Chup Dulu, ciri pra tempahan dalam aplikasi Lazada.

Pelanggan boleh membuat pesanan awal daripada jenama LazMall seperti tawaran eksklusif daripada Coach, Lancôme, Nespresso dan banyak lagi dengan hanya perlu membayar deposit 10% mulai sekarang hingga 10 November.  

Siaran Langsung Super Show Lazada 11.11!

Pada malam menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale, Lazada akan turut menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari jam 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung LazLive, dan TV3.

Acara ini akan menyiarkan persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan juga selebriti tempatan popular, termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann, dan juga Chief Discount Officer Lazada, Ain Edruce.

Tak lupa juga, baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung di mana pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan.*

Untuk maklumat lanjut mengenai 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, layari: https://lzd.co/MegaSale

Untuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma, layari: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping